Monday, April 27, 2009

Selamat Datang Puteraku

19 April, juga sempena Hari keputeraan Sultan Perak,
lahir puteraku.
Melengkapi kasih sayang kami.
Semoga anakanda menjadi putera yang bijaksana
dan berpekerti serta berperibadi mulia
mengikut aturan agama dan budaya.
Kami bersyukur kelahiranmu, Imran Firdaus.

Monday, April 06, 2009

Harapan Kepada PM Baru

Hari ini PM baru masuk ofis. PM lama dah dapat Tun. PM lagi lama dah balik kepada UMNO. Nanti PM baru lantik menteri-menteri baru. Harap-harap pentadbiran baru memikirkan kebijaksanaan, kematangan, kedewasaan atau kecemerlangan dan tinggalkan hiruk-pikuk, kebudak-budakan, dan kelembapan atau kepandiran yang sedia ada.
Kami rakyat mendoakan yang terbaik.