Wednesday, January 21, 2009

Cerita Tentang Bangsa

Kegementaran dan kebimbangan mengasak. Mengganggui rasa, merobok –robok ke dalam hati. Menungan, telaah dan tafakur ini menelusur sejarah catatan yang entah bila dapat disiapkan. Ini cerita bangsa, merujuk kepada kita, yang sawo matang dan kuning langsat. Aduh, manis bangsaku pada citra, namun gelora batiniahnya.

Saban hari, saban detik kita diganggui peristiwa dan cerita. Mewaspadakan diri menjadikan kita perlu siap siaga sentiasa. Cermin yang dulunya amat jujur kini telah retak malah dalam beberapa keadaan terasa seakan hilang.

Pertanyaan semakin mengasak. Mana cermin itu? Di mana? Di mana? Dalam keadaan yang sama, ada pula yang bertanya apa cermin itu? Ah, kata tanya ‘apa’ dan ‘di mana’ terlalu jauh berbeda. Begitulah hakikat dalam kalangan kita. Cara berfikir, cara menanggap, cara mentafsir tidak sama. Benar. Jika tidak percaya rujuki diri. Renung seketika dan cuba jawab pertanyaan ini, apa inti perjuangan kita?

Jika kau menjawab perjuanganmu benar-benar ikhlas, maka bermuzakarahlah mencari penyelesaian. Jika bukan titik penyelesaipun, memadai jika itu rumusan yang mudah dan melegakan. Ini bukan soal individu satu atau dua di atas sana, namun kami yang di bawah, berjuta-juta jumlahnya ini. Korbanlah sesuatu yang cukup bermakna kepada kami, kita bersama-sama mensyukuri. Jalan kemenangan dan kebahagiaan ada di mana-mana. Jauhkanlah petaka yang direka-reka. Sebagai manusia, kita tidak berkuasa, sesungguhnya Dia yang Maha Bijaksana menyusun segala-galanya, menetap dan memutuskan. Setelah ikhtiar dan usaha kita, redhalah dengan kehendak Dia.

Ini cerita bangsa. Cerita tentang perjuangan bangsa. Bukan untuk menyebar empayar namun kita perlu mengukuhkan yang ada.

3 comments:

Anonymous said...

salam..
ni yang aku geram, sakit ati dan yg sewaktu dengannya! apa la nak jd dgn anak bangsa kita nih..kenapa ha?? (aik..cam pernah dengar je dialog ni!) rs sedih sangat, sesangat...bila tgk anak bangsa yg semakin kecundang..terlalu ramai..terlalu! agaknya 'cermin' diorang ni dah pecah berderai..halus. hingga sukar utk dicantumkan kembali. so, apa peranan kita?

ekspresi said...

Terima kasih. Pandangan yang baik. namun 'anonymous' ini tidak dikenali.

mek said...

sori la ya...lupa taruk nama. Aku adalah kawan baik ko masa kat MPSP dulu. masih seperti dulu.. Mek.