Wednesday, May 27, 2009

Setelah Usai PPMN 09

Setelah usai PPMN09, saya bersyukur kerana telah selamat sampai rumah. Saya bersyukur juga kerana dapat makan dan tempat yang ditaja walaupun masuk dengan bayaran RM 50 SAHAJA. Saya bersyukur kerana dapat membentang kertas kerja dengan baik walaupun saya dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Saya bercakap tentang jati diri dan cabaran sastera Melayu sebagai identiti negara bangsa dan sedikit tentang identiti peribadi. Mungkin ada yang bermanfaat yang boleh diambil daripada kertas kerja sederhana saya itu. Saya berniat ikhlas untuk menegur adik-adik agar betul jalan dan langkahnya. Kalau ikutkan perasaan, saya tidak berpuas hati kepada beberapa pihak termasuk luahan dalam beberapa blog dan gambar-gambar yang dipaparkan. Begitu juga dengan kenyataan sesetengah pihak tersebut agar memilih-milih penulis yang ingin didekati atau tidak. Kenyataan itu berbau hasutan dan ke arah memecahbelahkan ukhwah. Fikir-fikirkanlah.

15 comments:

Azree Ariffin said...

Assalamualaikum, Tuan Ariff.

Semoga sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan, hendaknya.

Saya tertarik dengan teguran tuan kepada mantan-mantan MPR, kerana saya dapati ia adalah sesuatu yang begitu "membuka mata".

Dalam kertas kerja tuan, saya ingin memetik - "Apa gunanya ada kelompok MPR yang berkursus seminggu tetapi hanya menulis dalam majalah Tunas Cipta. Apalah istimewanya kelompok ini sehinggakan tidak diketahui pada peringkat kebangsaan. Dan ketahuilah banyak sekali penulis yang jauh lebih baik daripada kelompok muda yang tidak pasti masa depannya ini".

Saya dengan rendah dirinya, ingin bertanyakan beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya.

1. Apakah benar karya mantan MPR hanya tersiar di Tunas Cipta? Saya sedikit ralat, sebab saya dapati banyak karya MPR disiarkan di media-media lain. Mohon Penjelasan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan istimewa tersebut, dan siapakah yang telah memberi gelar kata "istimewa" kepada MPR.

3. Sedikit huraian berkenaan ayat tuan yang terakhir itu - "kelompok yang tidak pasti masa hadapannya". Saya kurang jelas.

Sekian, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

saifullizan yahaya said...

arif dan azree,

terima kasih kerana mengisi dan memeriahkan ppmn 2009.

buat ariff, azree, ahli mpr dan diri saya sendiri,

"air boleh wujud dalam apa bentuk. boleh menembus celah dan meliputi gunung. ini bererti sesuatu yang keras tidak selamanya kuat, hanya yang lunak sahaja yang terkuat.

ekspresi said...

waalakumussalam sedr azree,
terima kasih sudi berkunjung buat pertama kali ke blog miskin saya ini. alhamdulillah jika teguran saya membuka mata. untuk pengetahuan saudara dan yang lain, pandangan saya itu adalah luahan suara-suara daripada beberapa pihak, banyak kali sebelum ini. bukan pandangan saya seorang.suara-suara ini telah lama sampai ke telinga saya sambil tidak menafikan saya juga merasakan demikian. mungkin saudara dan yang lain tidak sedar kerana orang lain yang boleh melihat diri orang lain seluruhnya.
saya jawab yang pertama:
memang tiada kajian dan data tentang jumlah karya dalam tunas cipta dan bukan juga semua alumni mpr hantar ke tunas cipta. saya membuat pernyataan umum dan terbuka bahawa kebanyakan alumni mpr yang berusia 25 tahun ke bawah menghantar karyanya ke tunas cipta. saya tahu ada yang telah jauh melangkau media lain.
kedua;
istimewanya maksud saya sebagai naungan dbp, banyak peluang diberi oleh dbp sedangkan penulis luar mpr tidak dapat layanan sedemikian.
ketiga:
tentang masa hadapan sesiapapun tidak pasti wahai sdr azree. kita hanya berdoa dan berusaha yang terbaik.

insya allah saya akan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang, dan saya harap saudara pun begitu juga. baca kembali blog saudara dan laman rasmi mpr yang sanggup menghilangkan gambar saya pada berita hari ketiga. jika saudara ingat apa yang saya kata, saya juga tidak lupa yang saudara dan kawan2 saudara lakukan pada saya.
dan lagi satu jangan berprinsip ada penulis yang boleh didekati dan tidak didekati. dunia penulisan ini kecil sangat, jika ini sikap saudara dan yang lain yang rugi adalah sastera melayu, dan yang pasti yang di luar mpr kan tersingung dengan kenyataan itu.

ekspresi said...

terima kasih sdr saiful.
baru berblog tapi aktif sangat kau ni. haha. tahniah jadi pengarah program yang baik sekali. aku tumpang bangga.
emm, "air yang lembut juga boleh memotong besi dan permata".

Diari Ungu said...

Assalamualaikum, saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Arrif tentang MPR. Saya, sebagai bukan warga MPR turut tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli2 MPR bagi menentang pandangan saudara itu. Saya, selaku penulis 'jalanan' biasa, turut mendengar keluhan2 dari orang luar tentang MPR yang dianggap semakin kurang kualitinya. Saya tahu bahawa saudara mengeluarkan kenyataan itu mewakili suara orang luar. Seharusnya teguran itu diterima mereka secara baik, bukan dengan menghentam saudara sebegitu. Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia menggambarkan penulis yang kian mudah melatah dan semakin kurang adab. Hujah2 saudara itu adalah bertepatan dengan kami, penulis jalanan yang tiada apa2 keistimewaan. Syabas saudara, di atas keberanian itu!

Luqman Hakim QA said...

Sastera untuk yang berhati kebal, bukan si perasa yang bebal dan melenting-lenting.

ekspresi said...

terima kasih. diari ungu. saya hargai.

ekspresi said...

sdr luqman, betul, sastera untuk yang berhati kebal. seperti kau, hehe.

Salina Ibrahim said...

assalamualaikum ariff dan semua,

maaf, nak juga menyampuk.

saya senyum saja baca isu 'mpr vs bukan mpr' ni. bagi saya ini perkara kecil yang kadangkala sengaja dipanas-panaskan...

terima kasih ariff atas segala teguran. tak ada siapa yang boleh menghalang kalau ariff nak beri apa-apa komentar kerana kita semua ada hak dan bebas untuk beri pendapat.

kepada adik-adik alumni mpr, kalau ada benarnya teguran itu, ambillah sebagai pengajaran dan ubahlah apa yang patut diubah.

kalau apa yang didakwa orang memangnya tidak betul & hanya berlandaskan persepsi, tak perlukan panjang2kan cerita. apa nak kecohkan kalau memangnya benda itu tak betul?

kita tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

kadangkala orang seronok mencucuk dan nak tengok bagaimana kita bereaksi terhadap sesuatu isu.

anggap itu hanya sebahagian kecil 'ujian' yang mesti dihadapi oleh orang yang mahu jadi pejuang sejati. banyak lagi ujian besar yang tak terbayang di fikiran yang akan kita tempuh selepas ini.

yang penting, kurangkan bercakap perkara yang tak perlu & buat kerja!

sekadar beri pandangan. nak terima, terima kasih. kalau tak nak terima, pun terima kasih juga.


wassalam.

ikhlas,
salina ibrahim, salah seorang senior alumni mpr ;-)

Nimoiz T.Y said...

Saudara Ariff, saya juga setuju dengan pendapat ada mantan MPR yang hanya berkarya di Tunas Cipta (sesetengahnya). Malah, ada juga penulis lain yang hanya berkarya di Tunas Cipta. Pada saya, ini adalah perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya turut mencuba hantar ke penerbitan lain. Misalnya Berita Harian, Mingguan, Pelita Bahasa dan lain-lain. Katakanlah Tunas Cipta ditutup sekali lagi, sudah pasti hayat pengkaryaan mereka akan tamat. Kepada ahli MPR yang turut menulis di media lain, syabas dan teruskan.

ekspresi said...

terima kasih salina,
tahniah anda sudah jauh dalam bidang penulisan. aku pun nak rajin menulis macam anda.

ekspresi said...

terima kasih nimoiz. teruskan menulis. teguran abang kepada adiknya adalah kerana sayang. (tapi aku tak sayang kau, hehe)

Nimoiz T.Y said...

Oh sampai hati tidak menyayangiku. Hahaha

dahrie said...

laaaaa ariff bukan MPR rupanya...? heheheheheee

ekspresi said...

salam dahri,
mpr... majlis perwakilan rakyat.