Thursday, July 16, 2009

Setelah Usai PPMN (Siri Dua dan Terakhir)


Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN09) telah hampir dua bulan berlalu. Secara sedar atau tidak, perhimpunan ini memberi kesan kepada peserta dan pembentang. Tingkat atau darjah kesannya pula bergantunglah kepada individu sama ada kuat, sederhana atau biasa-biasa sahaja. Bagi sesetengah penulis baru, ini pengalaman yang menarik.
Dalam Berita Harian hari ini tertera tajuk "Penulis MPR Perasan Hebat!"dengan tambahan tajuk kecil 'Tohmahan dibuat penulis baru ekoran mereka tidak mesra' bernada sedikit pesimis dan provokasi yang pasti membuatkan alumni MPR tidak selesa dan marah. Namun ini bukan pandangan dua pendapat yang diwawancara iaitu saya dan Tuan Haji Shamsudin, sifu merangkap sahabat saya tu. Ini adalah pendapat para peserta dalam kalangan penulis baru yang menyertai perhimpunan itu. Tidak diketahui siapa, berapa jumlahnya mereka, namun mereka ada, dan suara inilah yang sampai hingga menjadi perhatian akhbar ini untuk mengulasnnya.
Saya, secara peribadi, walaupun membangkitkan persoalan ini dalam PPMN09 itu, namun tidaklah berniat untuk membuatkan mana-mana pihak berasa kecil hati. Pandangan yang saya kemukakan adalah berpandukan suara-suara yang saya dengari secara tidak rasmi daripada orang lain tentang perkara itu. Dari sudut ilmiah, pandangan dalam kertas kerja adalah tanggungjawab saya namun di luar itu bukan.

9 comments:

Nazmi Yaakub said...

hehehe

u-wartawan said...

cakap jangan tak cakap ariff

ekspresi said...

terima kasih nazmi dan u-wartawan.
nazmi,
walaupun tiada komen, tapi saya memahami.

Zarif Hassan said...

Boleh dikatakan semua belon terbang tinggi dan meletup setiba waktunya. Dummmm! Usah khuatir, ia sekadar angin cuma..hehehehe

Angel Suzy said...

en. Ariff,
saya dah baca cerpen tu...
apepun. tahniah

ekspresi said...

zarif,
belon?
hmmm....
biarkan ia terbang.

ekspresi said...

suzy,
terima kasih.

S.M. Zakir said...

banyak la terima kasih ko kat suzy tu. kat nazmi ko tak terima kasih pun. apa ni, diskriminasi macam mpr jugak ka.

ekspresi said...

"diskriminasi menjatuhkah aku..." (lagu bunkface-situasi)
zakir, jom nyanyi. hehe