Sunday, September 13, 2009

Setelah Melengkapkan Tetralogi Laskar Pelangi

Saya telah menghabiskan pembacaan novel Maryamah Karpov karya Andrea Hirata sebagai pelengkap tetralogi Laskar Pelangi.
Dalam novel ini, nama Maryamah Karpov hanya tiga empat kali sahaja dan tidak menunjukkan kaitan yang kuat dengan perjalanan cerita yang setebal 400 lebih halaman ini (versi Indonesia). Sepatutnya nama A Ling yang dijadikan judul kerana dari awal lagi, cerita ini kembali kepada nostalgia zaman persekolahan dan fokus watak utama yang punya rasa cinta kepada A Ling.
Namun demikian, A Ling yang sepatutnya menjadi fokus hanya dikisahkan pada saat-saat akhir penceritaan. Yang panjang adalah kisah perjalanan Ikal sejak pulang dari Perancis dan membuat sampan untuk mendapatkan A Ling. Sesekali terasa menjemukan. Secara peribadi, saya tidak begitu teruja ketika membaca Maryamah Karpov berbanding membaca Laskar Pelangi.
Sang Pemimpi atau Edensor dan juga yang terakhir ini, tidak dapat menyamai atau menandingi yang pertama, Laskar Pelangi. Maka, secara peribadi saya berpendapat tetralogi ini hanya bergantung kepada kekuatan Laskar Pelangi.
Garapan Maryamah Karpov sesekali seperti hilang arah, tidak konsisten dan tidak berkesinambungan. Laskar Pelangi tetap menggugah berbanding tiga sekuel terkemudian. Namun begitu, tahniah kepada Andrea Hirata atas kejayaan tetralogi ini yang mencetus fenomena luar biasa. Dan tahniah juga kejayaan filem Laskar Pelangi (arahan Riri Reza) yang turut mempesonakan.

19 comments:

Anonymous said...

Salam. saya juga sudah membaca ketiga-tiga novel ini./.tapi belum lagi untuk maryamah karpov

baiyazid mustaffa

Suzy said...

sedang mencari novel-novel ini

YuHa SyuHaDa said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Rahimidin Z said...

Arif, aku dah beli, tapi belum baca. Tengok filemnya pun belum habis-habis.

ekspresi said...

salam baiyazid,
selamat membaca. dan selamat hari raya.

ekspresi said...

suzy,
semua novel ini ada dlm versi malaysia terbitan PTS.
selamat hari raya untuk suzy dan suami.

ekspresi said...

yuya,
kutip duit raya banyak-banyak.

ekspresi said...

salam sahabat budiman, rahimidin,
saya tahu tuan lebih suka karya adibah khaliq, betul kan?
selamat hari raya.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Salam Ramadan Arif,
Saya juga membaca dan mengukit Laskar Pelangi dan sekadar membaca kulit triloginya yang lain.

Menanti buah tangan 'Laskar Pelangi' ala saudara Arif pula selepas ini.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Betulkan:

Bukan mengukit tetapi mengulit :) dah tulis - post, tak boleh nak edit lagi dah.

rafflesia said...

en. ariff, nk pnjm novel 2 blh???hehehe. rsanya dari 5 bntg,nk bg brape???

ekspresi said...

salam Ramadhan Ustaz,
saya memang teringin menulis karya tentang kenangan dan masa hadapan, tentang pendidikan, manusia dan masyarakat seperti ini.
tapi entah bilalah siapnya...

ekspresi said...

raflesia,
boleh saja pinjam. tapi beli lebih senang baca lama-lama kan.

dariana said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

ekspresi said...

salam aidil fitri sdr abdul hadi.

Anonymous said...

salam en ariff...
selamat hari lahir...
smoga pnjg umur, dmurahkan rezeki dan bjaya dunia akhirat...=)
xlupa juga ucpan selamat hari raya maaf zahir dan batin...
sy suke sgt dgn jalan cerita laskar pelangi.
tringin untuk mmbeli novel seterusnya, namun ksempitan duit.
jd kenela kumpul duit raya dulu...

Angel Suzy said...

Salam Encik Ariff. salam aidilfitri saya buat Encik Ariff sekeluarga juga.Senang2 datang lah beraya ke Melaka nanti.

orkEd said...

salam.selamat ari jadi en.ariff.semoga pnjg umo n murah rezeki..SELAMAT HARI RAYA!!blek alor setar ye.hehe..

ekspresi said...

terima kasih kepada yang tidak bernama atas ucapan selamat hari lahir dan hari raya. terima kasih dan selsmat hari raya juga kepada orked. dan terima kasih atas ucapan suzy.