Thursday, October 29, 2009

Apabila Mengucapkan ‘Salam 1 Malaysia…’

Dalam seminggu dua ini saya membaca e-mel daripada beberapa pihak yang memulakan dengan ucapan ‘Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia’. Saya rasa sangat senang hati apabila e-mel atau ucapan lisan Assalamualaikum diberikan. Dan saya wajib menjawabnya Waalaikumussalam. Sebelum ini yang kerap diucapkan adalah Salam Sejahtera ataupun selamat pagi daripada yang bukan Islam kepada yang Islam dan bukan Islam juga. Malah pengertian Assalamualaikum itu adalah ‘semoga sejahtera ke atas kamu’ dalam bahasa Arab.
Saya bukan tidak sedia menjawab Salam 1 Malaysia dengan Salam 1 Malaysia juga tetapi kerana perkara ini bermusim maka kita hanya menuturkan atas lapisan permukaan sahaja. Apa makna pengertian mendalam dan doa kesejahteraan pada ucapan salam itu. Ini adalah pandangan peribadi dan bukan untuk meremehkan gagasan 1 Malaysia. Tidak salah mengucapkan ini tetapi memadai jika sebagai penutup seperti yang pernah kita dengari Salam Perpaduan, Salam Bitara dan Salam Mesra . Namun lain hal dan keadaannya jika dituturkan pada hari tertentu seperti Salam Aidilfitri, Salam Kemerdekaan dan lain-lain. Ataupun tentang keadaan peristiwa tertentu seperti Salam Bestari dan Salam TajMahal.
Inilah pentingnya pemahaman tentang pragmatik dalam bahasa, yang melihat makna dan kesan daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. Perkara ini perlu difahami walaupun tidak banyak, memadailah tahu sedikit.

4 comments:

Luqman Hakim QA said...

sana sini semua nak 1 Malaysia, 1 apa-apa ntah la pulak. jadik mazhab la pulak. berkhemah pun 1 malaysia, berkampung puisi 1 malaysia...apa aje semua nak ada 1 malaysia.

Sofuan Saadon said...

salam..saya setuju.gagasan ini sememangnya bermusim.tun abd razak dengan rukun negaranya, tun mahadhir dengan wawasan 2020,tun abdullah dengan islam hadharinya dan sekarang...

NASSURY IBRAHIM said...

Apabila menerima ucapan: Salam 1 Malaysia atau salam puisi - apakah yang perlu saya jawab?

ekspresi said...

salam sdr luqman,
maaf lewat memberi respon.
betul. lepas satu... satu...

salam sdr akuwangi (safuan)
kita perlu kritis, bukan menerima melulu.

salam sdr nassury,
jangan jawab salam tu. haha