Wednesday, November 25, 2009

Seronok dan Tidak Seronok Jadi Jurugambar


Saya memang minat fotografi, tapi tiada ilmu mendalam tentang itu. Belum masuk mana-mana kursus secara serius walaupun ada keinginan untuk itu. Kamera, sejak tingkatan dua sudah guna Olympus manual. Kemudian Kodak (kamera murah), dan kemudian ada Sony digital. Pernah guna Panasonic Lumix sekejap kemudian jual pada kawan. Ketika jadi guru dulu, pernah jadi jurugambar program dan aktiviti sekolah. Tapi tidak lama, mungkin tidak serasi dengan tugas itu, kemudian banyak program menjadi juruacara dan moderator selain tugas-tugasan dalaman sebagai Setiausaha, Bendahari, AJK itu ini dan lain-lain.
Ketika PENA menganjurkan program, saya tawar diri jadi jurugambar untuk dokumentasi PENA walaupun jurugambar DBP dan media mempunyai kamera yang lebih canggih. Dalam PENA, ada wartawan akhbar tetapi jarang memetik kamera melainkan mereka membawa jurugambar akhbar tersebut. Dua program besar PENA tahun 2005 dan 2006 (Perhimpunan Penulis Muda di Tanjung Piai dan Seminar Persuratan dan Peradaban Melayu di Port Dickson), saya jadi jurugambar untuk dokumentasi dan ada juga yang saya jual.
Sekarang PENA sudah ada jurugambar sendiri. Dan ahli PENA masing-masing bawa kamera, bukan di sini sahaja malah ke luar negara.
Minat tentang fotografi tidak pernah padam. Dengan kamera digital kecil 4.0 megapixel (dahulu) dan 10.2 megapixel (sekarang) saya ambil apa sahaja gambar yang saya minati terutama jika melawat sesuatu tempat. Banyak sekali laman web menampilkan gambar-gambar yang baik malah ada juga yang mengajar cara mengambil gambar yang baik dan contoh-contoh gambar yang cantik, menarik dan kreatif.
Selain menggulati kerja-kerja rutin, memikirkan penyelidikan dan pengajian, melaksanakan amanah mengajar dan berceramah, menggarap kreativiti lewat karya-karya, membaca buku-buku fiksyen dan non-fiksyen, saya akan bermain dengan kamera.
Kadangkala menatap gambar ada kebahagiaan, ada kesedihan, ada kelucuan dan ada kemarahan. Gambar juga seperti sebuah karya kreatif, yang terpulang kepada jurugambarnya, cara gambar diambil dan objek yang diambil. Seronoknya menjadi jurugambar atau fotografer ini, boleh ambil gambar apa sahaja.Manakala yang tidak seronoknya, gambar sendiri tiada siapa mahu ambil.

4 comments:

Angel Suzy said...

Sony dah ada Camera 13.6 MegaPixel... gambar powerful :)
saya juga suka fotografi

Anonymous said...

Salam,
Selamat Hari Raya Aidiladha....

AMINHAD

ekspresi said...

terima kasih suzy.
ada bezanya megapixel kamera digital biasa dengan DSLR.
saya pun sedang belajar tentang kamera ni sikit-sikit.

terima kasih tuan aminhad.
ucapan salam aidiladha untuk saudara juga.

Anonymous said...

Salam, ermm samelah saya juga minat fotografi kebanyakan jurugambar guna nikon d70, d80, d90, d100, mcm2...memang bezalah kamera biasa ngan DSLR...bukan pixel yang jadi ukuran tp teknik yang betul lebih baik,Dah tangkap gambar guna photoshop utk sharp kan gambarnya sekarang leh guna phtoshop cs4..baiyazid mustaffa