Friday, January 19, 2007

Hijrah

Selamat Tahun Baru. 1 Muharam 1428H. Ini benar-benar tahun baru. Tanpa belon, mercun, bunga api dan dentingan jam diikuti jerit pekik tidak tentu hala. Tahun baru Hijrah ini selalunya sunyi dari sisi suasana, namun cukup penting dalam diri individu Muslim. Iktibar peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w, maka konteks penghijrahan itu sebenarnya cukup dalam dan bermakna.
Harapnya tahun baru ini banyak kerja, komitmen yang dapat dilaksanakan dengan baik. Dan aku sangat memohon ke hadrat Allah agar diberi kekuatan untuk menulis karya yang ada beberapa 'projek' tertangguh.

4 comments:

Sahrunizam said...

aku pun begitu rif. moga beroleh kekuatan untuk terus menulis.

ekspresi said...

insya allah.

Anonymous said...

apa yang penting iktibar tahun lalu dijadikan pedoman tahun baru ini...aku sering berfikir mengapa tanggung jawab terdahulu tidak aku langsaikan pada hari ini? justeru sempena tahun baru 2007, aku berazam agar aku dilimpahi izin dan rahmat-Nya untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..

ekspresi said...

wah! hebat tu.siapa ya anonymous di atas?