Thursday, February 08, 2007

Al-Kisah Dua Peladang

Tanah ladang yang gilang-gemilang di hujung sana telah diketahui pemiliknya. Namun tiada siapa yang pernah berjumpa atau menyapa pemiliknya itu. Tanah subur dengan pohon epal yang berbuah ranum seperti dalam keasingan, tersendiri namun kewujudannya sangat penting dan diketahui semua orang, dapat dilihat semua malah seperti mercu tanda perkampungan itu.
Pemilik tanah yang berhijau merah itu milik orang ternama, orang terkenal dan orang hebat. Itulah kata-kata orang lain, kata-kata pihak yang menggembar-gembur atau mungkin kata-kata pemilik ladang epal itu sendiri. Maka, orang lain yang bodoh alang dan buat-buat bodoh pun percaya. Ya, itu tanah milik orang ternama dan tanah itu subur. Lihatlah.
Seorang pemilik tanah oren di sebelah berasa sedikit kecil hati. Satu, kerana tanahnya tidak sesubur tanah ladang epal di sebelah. Kedua, dia bukan orang ternama. Ketiga, orang di sebelah tidak pernah mahu menjawab sapaannya dan berbual-bual dengannya. Pernah dia cuba menyalami dan mengucapkan tahniah atas kesuburan dan hasil ladang epal kepada pemilik tanah sebelah namun sapaan dan ucap tahniah itu tidak pernah dibalas dengan terima kasih dan apatah lagi sedikit senyum pun.
Begitulah, rungut pemilik ladang oren, sama berjiran, sama bertani, namun terasing dalam dunia yang diciptakan sendiri. Ya, dunia keegoan dan dunia perasan yang diri itu macam bagus dan tidak bersyukur.

5 comments:

Anonymous said...

salam,
macam menyindir je...

mas joko.

Anonymous said...

Moral of the story,

aku kesiankan pemilik oren itu juga...aku juga umpama pemilik ladang oren, yang kecil dan sentiasa diperlekeh...siapalah aku di mata dunia jika hendak dibandingkan dgn pemilik ladang epal...

apakah manusia tak pernah menghargai?
apakah manusia tak pernah mengerti?
apakah manusia tak pernah nampak?


siapalah aku di mata dunia...
siapalah aku....

Sahrunizam said...

rif,

aku terpaksa berhijrah ke alamat baru: sahrunizam.blogspot.com.

yang lama ada masalah. tak boleh nak postinglah

Sahrunizam said...

maaf rif atas kesulitan. aku tak jadi berpindah. kekal di rumah lama: sahrunizamat.blogspot.com

Anonymous said...

ekspresi,

kenapa dah lama tak update??? menghilang ke mana