Monday, March 05, 2007

Tentang Sanggeetha

Memang, saya sangat ingin bercerita dan mengulas novel ini. Saya telah mendapatkan novel ini sebaik sahaja keluar dari kotaknya (baru sampai). Tapi... tak baca habis lagi!
Ada kesempatan saya akan mengulas setelah habis membaca nanti. Jika ada yang telah membaca silakan beri pandangan. Sekurang-kurangnya memberi semangat kepada saya untuk menghabiskan pembacaan.
Azizi Hj Abdullah antara penulis Malaysia yang istimewa. Sangat aktif, prolifik dalam penulisan. Terbaru, pemenang kedua Pertandingan Novel Jubli Emas DBP.

2 comments:

Rai said...

Salam Ariff,
Ni kiranya membalas kunjungan hormat awaklah. Saya tertunggu juga bila agaknya penyair/penulis akan boleh mengéndorse'minyak wangi.Atau jadi duta mesin cetak ke.

Eh, skrip Matahari Menyindir Zulkarnain tu menang FINAS tahun 2001 yea,kalau tak silap?Tahun tu saya menang no.3 skrip filem pendek.Tajuknya poyo je-Budak Pancaragam.Tapi dah kembangkan jadi novel.Entah bila nak siap...

Ok.nanti kita gosip-gosip lagi.

ekspresi said...

terima kasih raihani.
ya, betul di FINAS 2001. Tapi skrip itu dah jadi skrap di sana.
aku pun fikir elok juga dinovelkan skrip kita. paling tidak jadi buku.