Thursday, June 11, 2009

Seminar Pemikiran Arenawati

Sebagai pengagum Arena Wati (Allahyarham SN) saya tidak melepaskan peluang mengikuti Seminar Pemikiran beliau di DBP 9-10 Jun lalu. 30 kertas kerja (termasuk iringan) dihasilkan. Tahniah penganjur (Bahagian Teori DBP) yang terus menerus menganjurkan seminar sebegini.
Arena Wati merupakan antara sasterawan yang diasuh dan diajar oleh alam yang cukup kuat kepekaannya. Arena Wati bukan sahaja diajar oleh gelombang laut namun berada dalam kancah nasionalisme dan sosiopolitik yang juga seperti ombak laut. Analogi pengalaman beliau dapat dilihat melalui novel-novel beliau yang tidak terhafal judulnya yang terlalu banyak.
Secara peribadi, saya tidak begitu rapat dengan Allahyarham. Namun saya telah mengenali beliau lewat karya-karya yang agak 'susah untuk difahami' seperti Sukma Angin, Sandera, dan Panrita. Karya-karya beliau di Pustaka Antara seperti Eno, Burung Besi, Turina dan juga di DBP seperti Begawan, Meurow Toga dan banyak lagi sampai sekarang belum habis saya baca walaupun telah memilikinya bertahun-tahun dahulu. Saya juga pernah 'bergaduh' dengan pemilik kedai buku untuk meminta diskaun buku Kuntum Tulip Biru yang terkoyak kulit belakangnya. Saya tetap membelinya untuk melengkap trilogi itu (bersama-sama Bunga dari Kuburan dan Sakura Mengorak Kelopak).
Manusia seperti Pak Arena sangat istimewa, menarik dan hanya kita temui sekali dalam hidup ini.
Kenangan bersama-sama Allahyarham Pak Arena Wati pada 11 November 2007 ketika satu seminar di DBP.

9 comments:

Zarif Hassan said...

Tuan Ariff,
karya Pak Arena betul-betul sarat dengan pengalamannya di laut. Kalau baca hasil kerja pembentang, memang baru kita tahu hebatnya pengalaman Pak Arena.

Boleh tak tuan ajar mcm mana nak sampai ke dewan makan dengan cepat?hehehe

ekspresi said...

salam zarif,
itulah engkau sebelum pegi makan singgah2 dulu. saya hanya boleh singgah di mata. haha.

Mawar said...

Salam Sdr Ariff yang lebih arif,

akhirnya apa lagi yang kita punya?

terima kasih singgah di blog saya.

Mawar said...

Sdr Ariff
komen sebelum ini sebenarnya saya mahu kirim ke entri Pengajian Malaysia dalam BI.

bayan said...

Salam kenal sdr Ariff,

Alhamdulillah, punya gambar kenangan bersama Allahyarham Pak Arenawati.

Semoga pendedahan yang kita dapat hari itu dapat dimanfaatkan dalam bentuk penulisan kita sendiri.

ekspresi said...

terima kasih mawar dan bayan.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Arif,
Ada beberapa babak drama yang menarik sepanjang seminar, barangkali boleh diangkat kepada perbincangan secara baik. Bukalah!

dahrie said...

nasib baik sdr tak buka langkah juga!

ekspresi said...

terima kasih ustaz azman dan dahri,
emmm... drama tu anggap drama keluarga sajalah.