Monday, August 10, 2009

Apa yang Dicari daripada Sebuah Filem?


Festival Filem Malaysia tahun ini telah berakhir. Malam yang dinanti-nanti adalah malam kemuncaknya. Filem arahan Afdlin Shauki bertajuk Papadom memenangi anugerah filem terbaik. Tahniah juga Afdlin yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik. Dia pernah memenangi anugerah yang sama menerusi filem Soal Hati sebelum ini.
Perlu dinyatakan juga di sini, kemenangan bintang-bintang baru seperti Liyana Jasmay (Pelakon Wanita Terbaik), Salina Shaibi (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Shafie Naswib (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) serta Jac (Pelakon Harapan Wanita) telah membuka lembaran baru bagi pelakon-pelakon berbakat besar ini (Kecuali Jac yang merupakan seorang penyanyi). Tahun lepas, Zulhuzaimy memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Wayang.
Untuk menghasilkan filem yang bermutu bukan semata-mata memerlukan pelakon dan pengarah yang baik. Yang paling asas dan cukup penting adalah skrip dan garapannya. Filem adalah medium visual yang cukup bererti jika betul-betul mahu memahaminya. Filem bukan sekadar seronok ditonton kemudian pulang dengan kepuasan akhir cerita. Filem berhak berbicara lebih jauh daripada itu. Dan ini perlulah dimanfaatkan oleh karyawan dan tentulah pula oleh penonton yang berfikir.
Agak susah untuk mengenal pasti kriteria penonton yang berfikir kerana bagi sesetengah penonton, filem adalah untuk hiburan. Maka sebab itulah agaknya jika bintang filem itu adalah Nabil, maka berduyun-duyunlah mereka ke panggung.
Penonton tidak mahu berfikir kerana karyawan tidak mahu membawa dimensi fikir kepada mereka. Ada filem yang menggunakan teknologi tinggi tetapi malang meniru cara Amerika. Amerika mempunyai jati diri mereka dalam filem-filem mereka dan sesetengahnya mempunyai propaganda yang senyap.
Sesekali terasa rindu akan filem seperti Esok Untuk Siapa ataupun Abang, ataupun Anak Sarawak ataupun sentimental seperti Sayang Salmah dan Azizah The Legend. Malahan rindu juga akan kritikan berani yang dipaparkan dalam Jebat, mahupun Antara Dua Darjat.

4 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda arif yang dihormati. kemenangan Papadom menarik minat penggemar filem untuk menonton kelak. jika tidak silap, bulan oktober ditayangkan.

ekspresi said...

terima kasih rendra.
saya tidak pasti dapat menontonnya atau tidak.

edolah said...

malang yg kita temui dalam kebanyakan karya seni di negara kita merupakan 'sampah sarap'...lebih malang 'sampah sarap' ini yg diangkat dan diasak ke minda rakyat!

ekspresi said...

e,
betul. banyak sampah. lebih banyak di tv. tapi kita tiada pilihan walaupun ada alternatif.