Thursday, July 21, 2011

Lensa Mastera

Untungnya sampai awal ke Jakarta sempat pada hari terakhir Pesta Buku Jakarta 2011. Setiap gerai menawarkan diskaun minimum 20%. Kali kedua mengunjungi Istora Senayan. Tiba-tiba terbayang Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat beraksi.

Kelompok 3 yang sentiasa berinspirasi. Berdiri dari kiri: Saat Omar (Malaysia), Nisah Haron (pembimbing Malaysia), dan Mohd Rafi (pembimbing Singapura). Duduk dari kiri: Shahira (Singapura), Ilyani Khalid (Malaysia), Zakiya (Indonesia) dan Cornelia (Indonesia).

Bersama-sama Bapak Ahmad Tohari, sasterawan Indonesia yang saya kagumi. Antara novel beliau Ronggeng Dukuh Paruk, Kubah, Nyanyian Malam dan edisi terbaharu Bekisar Merah. Pernah menulis di bawah cahaya lampu minyak tanah dan menaip tanpa langkau demi menjmatkan kertas.

Para peserta, pembimbing dan panitia yang ‘luar biasa’ sifat setia kawan dan komitmennya.

Bersama-sama Seno Gumira Ajidarma. Asyik beliau bercerita tentang novel Jazz, Parfum dan Insiden melalui ceramah beliau. Banyak juga menulis cerpen, antara yang terkenal ialah Sebuah Pertanyaan untuk Cinta, Cinta di Atas Perahu Cadik dan terbaharu dalam cerpen pilihan Kompas 2010, Dodolitdodolitdodolibret. Antara kata-kata Seno yang sempat saya catat: “Karya yang sukses ialah karya yang dibilang bagus dan jelek.”

Bersama-sama Hafizah Iszahanid dan Asma Nadia. Asma Nadia, adinda kepada Helvi Tiana Rosa ini memiliki syarikat penerbitan buku sendiri selain aktif menyampaikan ceramah sastera dan kekeluargaan. Filem Emak Ingin Naik Haji berdasarkan cerpen beliau dengan judul yang sama. Antara kata-kata Asma, “guru yang paling baik ialah membaca.”

Di sebuah perkampungan perladangan teh Gunung Mas.
Udara segar dengan panorama yang cantik.

Panorama Gunung Mas yang luar biasa indahnya. Gambar asli tanpa sebarang editing. Saya menggunakan kamera DSLR Sony Alpha menggunakan seting aperture dan shutter automatik gambar saiz 16:9 . Saya juga peminat fotografi, terfikir akan datang lagi khusus untuk mengambil gambar.

Rombongan Cik Kiah dari Malaysia. Berdiri dari kiri: Bahrudin Bekri (tidak banyak bicara, tapi diajak menyanyi, boleh saja! katanya), saya yang mewakili batik Malaysia, Cikgu Abdul Razak Adam (katanya sangat berbaloi hadir ke bengkel Mastera walaupun dengan belanja sendiri), Husairi Hussin (terpaksa pulang awal kerana kemalangan kakanda di Baling), dan Saat Omar (terkilan kerana Putu Wijaya yang dikagumi pulang awal). Duduk dari kiri: Hafizah Iszahanid (peserta ‘last minute’ ke Mastera yang banyak bertanya, al-maklumlah dia ini seorang wartawan),Nisah Haron (peserta Indonesia bernama Cornelia mengatakan puan ini begitu energetic sekali)dan Ilyani Khalid (kak yong dari Kuala Kangsar yang tidak perlu tukar gear dialek Perak apabila berjumpa saya dan Hafizah).

Mesyuarat agung di luar talian. Malam akhir di Bogor. Semoga berjumpa lagi.
Semoga terus berinspirasi.

Dari Bogor menuju ke Bandung,
Dari Bandung kembali ke Jakarta;
Kawan ditemu ilmu dikendong,
Sepanjang hayat tidak kulupa.

4 comments:

Fizahanid said...

Hahahah... setuju bab Kak Yong yang tak payah tukar gear tu... :)
Tapi Mastera itu sendiri memang hebat. Semoga DBP akan memberi tajaan penuh (tanpa perlu buat tuntutan) untuk peserta-peserta akan datang dan datangnya ya, jangan bergelombang-gelombang.. nanti susah Pak Rahim !

ekspresi said...

betul. seperti yang sebelum ini. dapat duit pokrt lagi. itu yang kita tak dapat. kalau dapat duit poket mungkin tambah sehari lagi di bandung. hehe

saat omar said...

Report dah siap? huhu

ekspresi said...

saat, tengah loading...