Friday, July 14, 2006

Interlog, Enter Blog

Gambar hiasan

Terima kasih atas kunjungan ke blog ini. Usianya terlalu baru. Dua minggu. Sebarang komen dan pendapat membina amat dialu-alukan. Terima kasih juga maklum balas yang diberi dan juga kiriman melalui e-mel dan sms. Saya menghargainya.
Saya tidak banyak tahu tentang aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi. Menggunakan komputer hanya untuk menaip menggunakan Microsoft Word sahaja. Saya belajar sendiri melayari internet, blog, download atau menggunakan apa-apa program Microsoft Office kerana minat ingin mencuba dan desakan-desakan tertentu. Contohnya untuk berceramah kenalah tahu Powerpoint dan sebagainya.
Maka, atas dasar cuba-cuba itulah blog ini terbina sambil ingin berkongsi pengalaman dan kebolehan yang serba sedikit dengan pembaca.
Blog ini bukanlah untuk kepentingan diri. Saya hadir dalam dunia sastera dengan niat baik dan merasakan saya ada kebolehan dalam bidang ini. Seperti yang saya tulis sebelum ini, dunia sastera memberikan keindahan namun ada juga yang melukakan. Dunia sastera kadangkala riuh kadangkala sepi. Dan bertambah sepi apabila ada pihak yang menjadikannya projeksi politik, siasah manusia. Ada perkara yang membuatkan kita marah, geram dan tidak puas hati. Namun begitu, semuanya dipujuk sendiri. Menganggap sebagai satu perjuangan, ya, perjuangan yang mesti diteruskan. Ibarat seorang peladang, asalkan pokok yang ditanam dapat dilihat tumbuh subur, berbunga dan berbuah segar sudah memadai. Berkat usaha, ada rezeki. Alhamdulillah. Jika ada yang menghargai terima kasih dan saya serahkan ke hadrat Allah.
Selain memasukkan bahan-bahan manfaat umum, tidak salah rasanya saya memasukkan karya-karya saya mengisi blog ini. Untuk promosi, untuk makluman dan tatapan. Dalam perancangan, saya akan memasukkan bahan-bahan umum dan juga yang berkaitan dengan dunia pendidikan, sebagai penghargaan kepada profesion saya.
Ini juga antara cara untuk mendekatkan sastera dan pendidikan kepada pembaca. Juga untuk teman-teman penulis, pelajar-pelajar saya, kawan-kawan sekerja dan sesiapa sahaja. Insya Allah.

Salam hormat.

3 comments:

Jimadie Shah Othman said...

Setiap hari, blogger muda lahir. Usia blog ini dua minggu. Ada banyak masa lagi nak kena lalu. Blog ni kerja penat. Banyak orang boleh buat, tapi tak banyak orang boleh kekal dalam maraton panjang ni. Tapi blog ni aku rasa boleh maintain. Perlu.

ekspresi said...

terima kasih, jimadie.
aku dah dapat bayangkan susahnya menyertai marathon ini.
dan aku akan terus berlari...

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. debt consolidation Brewerton dentist Black blonde color hair Mobile cpus Black opan skin care