Wednesday, March 21, 2007

Antara Kajang dengan Tanjong Malim

Kajang, keluar rumah jam 7.00 pagi untuk ke tempat kerja, masih sempat tiba jam 7.30. Jika keluar jam 7.30, ha, sampai tempat kerja 8.30!
Begitulah keadaan jalan raya yang selalu membuatkan aku letih, bosan dan mengantuk dalam kereta. Nasib baiklah dalam kereta aku banyak lagu rock dan lagu-lagu segar. (Aku jarang dengar radio kecuali IKIM dan Radio Muzik sebab radio swasta membuatkan aku benci dengar juruhebah perasan dan tak bersopan ketawa berdekah-dekah di udara).
Sekarang, lega sedikit. Tanjong Malim, keluar rumah jam 7.00, sampai tempat kerja 7.10. Kalau keluar jam 7.30, sampai tempat kerja jam 7.40.
Namun begitu, kesesakan dan kesibukan di jalan tetap ada. Susah sekali untuk mengelak kesesakan kerana manusia berurusan, bekerja, berniaga dan apa sahaja untuk hidup.
Ya, kerana urusanlah saya perlu tinggalkan komputer ini untuk sementara.

2 comments:

Anonymous said...

Tok,tok,tok.Assalamualaikum!

Sekarang saya kerja di UPM.Jarak dengan rumah di Pandan Indah taklah jauh sangat.Kalau jalan tak jem hatta serikaya sekalipun, 20 minit drive ala-ala mat rempit mesti boleh sampai. Duduk KL ni lama-lama dah lali dengan jem, cuma cemuih la.

Sebenarnya esok 11 april, saya dipanggil utk temuduga tutor di Jabatan Seni dan Muzik, UPSI.Tapi dah habaq tak mahu pergi. Ada 3 finalis utk tutor drama.Takpalah, saya dah ada tempat di UPM.Kalau tak jadi org Tg Malim kot.

Pertandingan FINAS tahun ni tak masuk ke?

ekspresi said...

tq raihani.
selamat bertugas di upm.
pertandingan finas, rasanya tak sempat. aku nak buat filem perang tapi aku rasa kalau siap skrip pun filem itu takkan jadi sebab penerbit kita suka buat cerita hantu yang menjerit dan kisah orang lumba motor.