Monday, November 12, 2007

Promosi Kongres

Kali ini kita berkongres pula. Kongres Sebudaya Serumpun anjuran bersama PENA, KEKKWA, dan DBP. Berlangsung di DBP pada 16 – 18 November 2007.

Seminar ini bertema Sebudaya Serumpun Jambatan Hubungan Serantau. Yang berkonsepkan penemuan pelbagai fikiran dan pandangan budaya dalam hubungan serumpun. mungkin banyak perkara tentang sastera, budaya, seni, atau apa saja yang berkaitan dengan bahasa dan mungkin sedikit-sedikit menyentuh politik. Inilah wadah, ruang, untuk bersuara. Namun doa dan harapan kita, agar suara kita lebih didengari dan terbuka pula untuk difikirkan, dipatuhi. Apa yang perlu diubah, kita pindah, apa yang patut ditingkat, kita naikkan, apa yang perlu digilap, kita silaukan, apa yang perlu disedar, kita bukakan mata, dan apa-apa lagi lah.

Pembentang, antaranya:

Datuk Johan Jaafar, Ariffin Ariff, Datuk Firdaus Abdullah, Abu Hassan Hasbullah, Arbaiyah Mohd Nor, Mohd Daud Mohamad, Mohamad Saleeh Rahamad dan Shamsuddin Othman.

Juga dari Indonesia, Emha Ainun Najib, Maman S.Mahayana, Eri Sarimanah, Muhamad Takari, Fazlin Jaafar, Fatin Hamamah dan Djamal Bakir juga dari Singapura antaranya Suratman Markasan dan Isa Kamari. Dari Brunei (Morshidi Hj. Mohamad dan Zefri Ariff), Thailand (Worait Baru, tengku Ariffin Tengku Chik, Abdul Razak Pandangmalam, Nik Rakib) dan Jepun (hagari Yasako) juga.

Maklumat lanjut hubungi Setiausaha PENA, S.MZakir melalui emel smzakir@hotmail.com atau Shamsuddin emel sudean66@hotmail.com.

Jumpa di sana.

4 comments:

Anonymous said...

saya tidak dapat mengikutinya kerana masih dalam peperiksaan.klau tidak saya pasti akan mengikutinya..

Baiyazid mustaffa said...

salam sastera...kesenian dan kebudayaan...baiyazid mustaffa.....

DI KULIT BUMI KARYA-MU said...

dengar khbar nak ke luar negara. bila rencanaya pak ariff? studi adalah jihad yang besar. teruskan. rakan-rakan mendoakan kesuksesan bapak. salam. Aminhad.

ekspresi said...

terima kasih atas kunjungan.
sdr. amin, saya belum membuat apa-apa keputusan lagi.