Tuesday, March 10, 2009

7 Mac 09

Negara ini asalnya bernama Tanah Melayu. Orang-orangnya berbahasa Melayu. Maka, yang diperjuangkan oleh warga yang punya jati diri itu tentulah bahasa Melayu. Apabila bahasa Melayu diganggu gugat, malahan nampak akan semakin mengecil fungsinya dalam bidang ilmu dan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat dan komunikasi, maka mestilah kita menentangnya. Bersuaralah kita, walaupun dalam hujan dari langit dan semburan gas dari FRU.
7 Mac 2009, hari bersejarah.
Perhimpunan bersejarah bermula dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara. Bukan perarakan parti politik untuk menuntut kerajaan baru, bukan demonstrasi membela raja-raja, tetapi sesuatu yang cukup penting untuk dinyatakan iaitu
Pertama, mansuhkan PPSMI (pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah)
Kedua, daulatkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)
Ketiga, selamatkan bahasa ibunda (bahasa Melayu atau kaum yang lain)
Keempat, tingkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah (bukan jadikan bahasa untuk Matematik dan Sains)
Perarakan yang luar biasa ini mengumpulkan lebih 50,000 orang pelbagai keturunan, usia, dan jantina. Pada jangkaan tidak ramai yang menyertainya namun sangat luar biasa selepas waktu zohor hinggakan Masjid Negara seperti jemaah solat Jumaat dan di luar dari Dataran Merdeka, Sogo dan tempat-tempat lain. Dari negeri-negeri lain, beberapa buah bas telah sampai sejak pukul 9.00 pagi.
Ini bukan penentangan politik. Lihatlah bukti pada gambar-gambar yang ada dalam mana-mana blog bahawa yang datang bukan sahaja lelaki malahan kaum ibu, remaja, pelajar sekolah dan kanak-kanak seawal usia baru habis pantang.
Inilah suara rakyat. Ramai lagi yang tidak hadir, tidak dapat hadir, bekerja, belajar, berseminar dan tiada kenderaan untuk ke situ. Suara-suara ini bukan suara biasa-biasa namun inilah suara mohon pembelaan, mohon keadilan, mohon perlindungan, mohon keterbukaan, mohon kebijaksanaan pihak berkuasa (Yang Dipertuan Agong dan kerajaan pemerintah) agar menghentikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan tingkatkan usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.

10 comments:

Seminar PPSMI 2009 said...

Salam Tuan,

Jemput ke Seminar Halatuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, 14 Mac. Datuk Hassan Ahmad, Prof Dr Abdul Aziz Bari, Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain dan Prof Dr Mat Rofa akan membentangkan kertas kerja. Sila Klik link.

www.seminar-ppsmi.blogspot.com

Fauzan said...

Salam En. Ariff...saya fikir begini ya, masalah PPSMI memang agak parah. untuk mewujudkan pembaharuan memang tidak dinafikan ada kesan sampingan. Rakyat negara ini mahu kembalikan situasi dahulu (pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu). Namun yang tersepit juga ialah rakyat. Jika dikembalikan situasi dahulu, bagaimana pula dengan pelajar yang telah dan sedang dieksperimen kerajaan ini? untuk kembali belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu semula, saya fikir juga menyulitkan mereka. Jadi saya berpandangan bagi mereka yang telah dan sedang di PPSMI ini terus belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, namun pada masa akan datang, kerajaan perlu menukar PPSMI kepada pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Ibunda. saya juga sebenarnya sangat tidak setuju langkah kerajaan mewujudkan PPSMI ini kerana saya juga seorang pejuang Bahasa dan Bangsa... Salam...

Anonymous said...

muhammad abid

salam en Ariff.
saya sebagai pejuang bahasa, saya sudah tentu tidak menyokong PPSMI.hal ini saya telah lihat sendiri apa yang berlaku ke atas adik saya sendiri. dia sukar untuk memahami matematik kerana masalah pemahaman dalam bahs inggeris. bukanlah saya hendak berlagak tetapi adik2 saya yang lain telah berjaya masuk ke sekolah berasmara penuh dan juga matrikulasi dengan tiadanya ppsmi. saya tidak mahu adik saya tertekan dengan melihat kejayaan abg dn kakaknya. jadi di sini saya sangat berharap agar PPSMI ini dileburkan demi anak melayu sendiri.jgn biarkan anak melayu terus menderita di bumi sendiri.

rosaidah binti japri (D20071029004) said...

rosaidah...
salam en ariff yang dahulunya seorang guru disiplin yang amat garang dan tegas....

ppsmi...mmg sedap didengar...
menepati arus pembangunan negara dan perkembangan intelektual....tapi.... semuanya menyukarkan rakyat terutamanya pelajar yang sudah terlalu banyak memakan makanan jawa, melayu, minang, pantai timur, budu, belacan....
tidak dinafikan ppsmi adalah merupakan langkah yang baik... tapi lebih banyak buruk dari baiknya.... pelajar tidak mudah memahami apa yang sedang dipelajari...apa salahnya jika kita menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. kemungkinan difikirkan bahawa bahasa inggeris banyak mencipta istilah-istilah dalam sains dan matematik...itulah yang menyebabkan PPSMI diwujudkan...hal ini agar pelajar akan setaraf dengan pelajar-pelajar sains dan matematik dari luar negara....tapi mereka yang terlibat tidak memikirkan tahap pelajar-pelajar kita yang sesetengahnya masih tidak dapat mengetahui walaupun 10 perkataan dalam bahasa inggeris tetapi pelajar tersebut boleh mendapat keputusan yang baik dalam matematik dan sains yang menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar...walau bagaimanapun kita perlulah ingat, PPSMI telah melanggar undang-undang 'bahasa melayu adalah merupakan bahasa pengantar pertama negara ini'....jikalau JEPUN boleh berbangga dan berjaya dengan bahasa mereka....kenapa tidak KITA...jangan jadikan kanak-kanak yang baru ingin mengenal dan mengharungi hidup ini sebagai bahan ujikaji.... mereka pewaris negara ini...yang akan membangun, memelihara, menggerakkan negara ini.... rakyat yang tidak berkualiti akan memundurkan negara kita sendiri... fikir-fikirkanlah...

ekspresi said...

terima kasih fauzan,
pandangan yang bernas

ekspresi said...

terima kasih komen abid,
pandangan yang jujur. seluruh melayu perlu sedar itu.

ekspresi said...

terima kasih rosaidah,
alamak ada no matrik la...
pandangan yang baik sekali.
anda boleh bina blog anda sendiri dengan input2 begini.

Anonymous said...

salam..
saya sebagai pendidik amat tidak setuju dengan pelaksanaan PPSMI krn kita seolah-olah menidakkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. saya juga hairan kerana setelah sekian banyak pandangan dan kajian daripada ilmuwan cerdik pandai, namun ianya masih belum mampu meruntuhkan keegoan pelaksana. untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa utama, kita perlulah membudayakannya dalam setiap aktiviti kehidupan kita. makan cam omputeh, pakai cam omputeh, budaya cam omputeh...barulah kita boleh cakap omputeh! jadi...kita nak begitu ke?

mek said...

alamak...sori Rip! aku lupa taruk nama pulak dah..Td yang anonymous tu aku la...Mek (kawan baik ko masa kat MPSP)

ekspresi said...

terima kasih mek je,
lama tak jumpa, lama tak dengar berita dan cerita.
khabarnya di ipg skrg. tahniah.
betul, ppsmi akan musnahkan bahasa melayu.