Monday, March 02, 2009

Kes Buli: Salah Guru Lagi?

Pengetua, warden boleh dikenakan tindakan

PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua pihak yang terlibat dalam kes buli membabitkan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Dalat, Sarawak.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, pengetua sekolah atau warden juga akan dikenakan tindakan sekiranya terbukti gagal mengawal disiplin pelajar sehingga tercetusnya kes buli.

‘‘Saya tekankan bahawa saya amat serius dalam isu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak sama ada pelajar atau pihak sekolah yang didapati gagal menjalankan tugas dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas aksi sekumpulan pelajar sekolah yang dimuatkan dalam laman web YouTube membuli seorang pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Dalat.

Aksi tersebut telah menarik perhatian umum apabila ia dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Menurut Alimuddin, kejadian buli di sekolah berkenaan telah menguji tahap kesabaran Kementerian Pelajaran.

‘‘Gejala buli di kalangan pelajar menunjukkan pelajar semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, penekanan terhadap penghapusan budaya membuli sesama pelajar sekolah sebenarnya telah dilaksanakan dengan konsisten oleh kementerian.

Alimuddin mengingatkan pihak sekolah agar menekankan elemen disiplin yang perlu sentiasa terkawal dan semua guru sebenarnya perlu memainkan peranan sebagai guru disiplin.

Komentar

Berita TV3, malam tadi, tentang kes buli. Saya tonton dan alangkah sedihnya, kecewanya apabila kenyataan seperti di atas (memetik Utusan Malaysia hari ini) dikeluarkan. Seperti satu amaran dan satu kenyataan yang tidak adil kepada pihak sekolah dan guru.

Tuan-tuan yang dihormati,

Berilah keadilan kepada guru-guru. Janganlah terlalu cepat menuding jari kepada mereka. Buli, gaduh, samseng bukan kerana guru. Bukan. Faktor lain yang boleh kita bincangkan seperti pengaruh media, sikap ibu bapa sendiri, persekitaran, psikologi dan tekanan, ekonomi, dan banyak lagi.

Tugas guru bukan memantau pelajar semata-mata.

Saya senaraikan tugas guru, memandangkan saya pernah menjadi guru selama 11 tahun.

Guru mata pelajaran (Bahasa Melayu, Matematik, Sains)

Guru panitia (Ketua Panitia, Ketua Bidang, setiuasaha ataupun ahli)

Guru kelas

Itu tugas utama, wajib. Dan tugas-tugas tambahan (namun penting dan menunutut masa dan tenaga):

Guru penasihat persatuan, kelab atau unit beruniform (ko-kurikukum)

Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar (disiplin, buku teks, keceriaan, perubatan, pendaftaran dll)

Jawatankuasa Pentadbiran (akademik, jadual waktu, program peningkatan, panitia dll)

Jawatankuasa penyedia soalan peperiksaan

Menganalisa pencapaian peperiksaan

Merancang dan melaksanakan program motivasi pelajar

Memantau kehadiran pelajar dan kebersihan kelas

Setiap hari menyemak buku latihan pelajar

Menyediakan ruang pembelajaran dan yang selesa, bahan pembelajaran yang memuaskan dan menarik.

Guru rumah sukan

Pengurus atau jurulatih sukan (bolasepak, bola baling, badminton)

Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau berjawatan Setiausaha, Bendahari dll

Guru ganti jika ada guru yang tidak hadir pada hari tertentu

Melaksana program peringkat zon, daerah, nengeri dan kebangsaan seperti pertandingan, kempen, ceramah dll


Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Dr.-Dr., Tuan-tuan, puan-puan,

Bacakan alfatihah kepada guru-guru anda yang mengajar anda membaca dan menulis, sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggalkan kita.

Dan hiduplah kita dalam berkat ilmunya.


5 comments:

LyNNa said...

Ariff,

Thanks.. diatas komentar kau nie... baru diaorang tau macamana mencabarnya tugas guru..

ekspresi said...

terima kasih fadzlina.
salam pada kawan2 yang masih ingat aku.

senyapyglelap said...

betul betul betul. saya pun..hihi

roses_aidah said...

salam en ariff...tiada lagi nombor matrik saya...

sebagai bekas pelajar sekolah, saya sangat menyokong kenyataan bahawa masalah pelajar bukanlah disebabkan oleh guru...bukan mudah menjadi seorang guru...tambahan lagi pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang "tersangatlah baiknya"...pelajar bertindak melebihi undang-undang sekolah bukanlah disebabkan oleh guru, tetapi lebih kepada ingin menunjukkan diri hebat dan popular (dikenali seluruh warga sekolah)...jikalau guru mahu juga dipersalahkan.. bagaimana pula ibu bapa????? bukan guru tersebut yang melahirkan mereka....ibu bapa yang memberikan mereka mata untuk melihat dunia ini...bukan mahu menyalahkan ibu bapa...tetapi bak kata pepatah lama, bapak borek anak rintik...tetapi dalam masa sekarang...bapak borek itu bukan merujuk kepada bapa yang teruk perangai atau tabiatnya...tetapi teruk dari segi didikannya dan pemantauan mereka terhadap anak-anak mereka...40% masalah pelajar kini disebabkan oleh ibu bapa, 50% disebabakn pelajar itu sendiri dan 10% disebabkan oleh guru....kalau sudah sememangnya pelajar itu jahat/degil, jangan kata kita(guru/ibubapa) nak lenturkan, diketuk@dibom pun belum tentu lagi mereka mahu mendengar kata mengikut kata kita...fikir-fikirkanlah...

ekspresi said...
This comment has been removed by the author.