Wednesday, November 01, 2006

Ke Suluh Budiman


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaanNya. Saya telah berhijrah ke Tanjong Malim, Perak, berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 16 Oktober lalu.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga, semua guru (dari sekolah hingga universiti), teman-teman sekerja dahulu dan sekarang, teman-teman penulis, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, para editor dan penerbit (akhbar, majalah, buku), juga warga UPSI yang baru saya kenali di sini yang banyak membantu dan memberi galakan. Segala kebaikan yang anda semua berikan amat saya hargai dan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan juga.

p/s: Pulang ke negeriku!

6 comments:

embun said...

assalamualaikum,
saya zaharahanum dari dbp. masih ingat saya? kalau berkesempatan, e-mel saya di hanum@dbp.gov.my atau along_zk@yahoo.com

ekspresi said...

waalaikumussalam,
saya ingat lagi. baca puisi rtm, dan anda mengulas VA dlm Tunas cipta. tq.

annyss said...

Tahniah! Dah naik status sekarang. Semoga semakin prolifik apabila sampai di tanah yang telah melahirkan ramai karyawan dan sasterawan.

ekspresi said...

terima kasih nisah. sokongan kawan2 memberi kekuatan.

dahrie said...

ah, jiran saya dah ke tanjung malim rupanya..

tahniah dan selamat bertugas cek-gu

ekspresi said...

tq dahri. tapi boleh saja minum teh tarik di kajang.