Thursday, November 09, 2006

Puisi: Darah Coklat Manusiawiku

ketika manusia ketawa melihat badut pesta ria berlakon
susah untuk aku percaya bahawa air mataku makin banyak
ya, aku demikian kerana memikirkan darah coklatku
yang sudah lupa tona dirinya dan mana mula lampin basahnya

manusia ini juga pernah menangis ketika orang lain berdekah
mereka berdarah, berkulit dan bernafas sepertiku
tetapi tangisan mereka adalah kerana perut sendiri yang kosong
setelah penuh mereka mentertawakan orang lain pula

ada juga dalam kelompok manusiawiku
yang berambut hitam dan makan sambal belacan
tetapi hati teringin sangat bersembahyang hari ahad
meneguk wiski berbintang lima
dan mentertawakan perjuangan datuk moyangnya

malamku tanpa bintang, dihilangkan malang
awan siangku suram, tetap begitu
hingga kini kunanti berubah
entah, entahlah

doaku, doa kami yang berharap
teguhkanlah iman kami
selamatkan manusia bernama Melayu ini.

ARIFF MOHAMAD

p/s: Puisi ini tidak diedit sepatah katapun. Saya tidak akan menghantar ke mana-mana penerbitan. Untuk blog ini sahaja.

5 comments:

wahyu budewa rendra said...

terima kasih sdr, sempat menziarahi blog kecil saya.

wahyu budewa rendra said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ekspresi said...

selamat datang berblog, rendra. aku pun masih baru.

mohamadkholid said...

entahlah... adakah kita lebih banyak mengeluh - untuk menggalakkan org membaca sastera pun tidak mampu. jadi bagaimana arus umat Melayu akan berfikir kelak?

ekspresi said...

dr. m pernah kata melayu mudah lupa. tapi bangsa lain pun pelupa juga. lebih teruk dari melayu. jadi, di mana kekuatan kita.