Monday, April 16, 2007

Buku Murah di DBP

7 April
Ke DBP. Beli DS, DB dan buku-buku murah. Ada yang RM1 sebuah. Ada juga buku yang baik tetapi dijual dengan harga itu. Tapi kebanyakannya saya sudah ada. Cuma tengok saja. Rugilah siapa yang tidak beli. Kalau saya pergi lagi, saya dapati buku ini ada lagi, saya akan beli semua. Saya akan beri hadiah kepada sesiapa yang 'mengerti'. Hendak tahu buku apa? SMS saya, okey!
Sempat berbual-bual dengan Azlee Lee.

Petang, sampai senja mesyuarat di Rumah PENA. Perancangan Seminar Budaya Serantau. Zakir pengerusikan mesyuarat. Saleeh sebagai Jeneral. Sham AlJohori al Bendahari. Lutfi ada. Luqman ada. Amirul Fakir dari Ipoh dan Shahrunizam dari Kuantan pun datang. Ikram dari DBP. Nazmi bawa kamera besar. Shukri dan Marjan juga ada bersama-sama hingga ke restoran mi hailam.

6 comments:

tukangbaca said...

Cikgu.

Maaf, sesekali saya rasakan buku buku itu dah jadi bahan buangan. Nak cakap sampah tak wajar pula. Kesian DBP. Hantarkan sahaja ke pusat kitar semula.

Maaf ya Cikgu.

Norhaiza said...

dalam mac lepas, saya dan rakan sekelas buat rombongan ke sana.
memang banyak sangat buku yang dijual harga rm1-rm3. tapi ader gak buku yang dijual dengan arga yang biasa. ada satu buku tu memang susah nak dapat, kami potostat kat sini rm12, tapi kami jumpa kat sana harga rm1!!!!!!!!!!! memang rugi la kalau tak pergi sana. kalau ada masa dan murah rezeki, kami akan ke sana lagi.
insyallah.

Jiwa Rasa said...

Sdr Ariff,

Setiap kali beli buku lelong di DBP, saya akan rasa sangat bersalah.

Kali terakhir saya beli buku Merinci Ufuk karya Darma Mohamad dan buku Pura Bujangga tulisan Affandi Hassan dengan harga RM1 setiap satu.

Rasa macam tak patut sangat karya sastera dilelong sebegitu rupa oleh DBP.

Apa yamg dapat dibeli dengan RM1. Nak beli sepinggan nasi pun tak cukup!

Itukah nilai yang kita letak untuk sastera Melayu?

ekspresi said...

Terima kasih atas pendapat-pedapat tukangbaca, norhaiza (rasanya saya tahu siapa anda) dan jiwa rasa.
tentang apa yang sdr jiwa katakan, ada betulnya. bayangkan kumpulan cerpen 'sangkar' anwar ridwan dijual hanya rm2. saya sedih juga, anwar ridhwan apatah lagi. kumpulan cerpen zaen kasturi juga ada dalam longgokan itu. dan banyak lagi termasuklah novel musafir hasan ali. ada lagi beberapa judul lain termasuk buku-buku kajian sastera yang penting. apapun saya akan beli untuk menyelamatkan daripada jatuh ke tangan pengutip sampah.

sahrunizam said...

salam rif,

saya, sahrunizam dari bera rif bukan kuantan.dah lupe ye!

saya rasa analogi tukang baca dalam komennya tentang buku dan sampah amat tidak wajar. buku walau pun lama, walau pun murah tapi nilainya lebih daripada emas.

Anonymous said...

betul kata sahrul tu, walau murah nilainya emas. saya setuju buku2 di malaysia (bukan dbp saja) dijual dgn harga murah..sebab kalau buku mahal, orang nak tak beli. paling penting kita beli utk menambahkan ilmu pengetahuan.