Friday, May 04, 2007

Lagi Cerita di Pesta Buku

Gerai PTS,
Saya jumpa Puan Ainon. Saya sudah banyak kali jumpa buku-buku terbitan PTS di luar. Dan kadang-kadang saya pesan daripada taukenya sendiri, Prof. Abdullah. Sempat saya memperkata novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata (Indonesia) yang diterbitkan oleh PTS. Saya katakan novel ini 'touching', menarik dan jujur. Puan Ainon bersetuju dan beliau kata ramai yang berpendapat demikian.
Novel ini novel dewasa tetapi pendekatannya kanak-kanak. Novel ini bercerita dengan gaya yang bersahaja namun berkesan dan seperti yang saya katakan tadi, menyentuh. Novel ini mendapat sambutan yang menggalakkan di Indonesia dan di Malaysia, menurut Puan Ainon, sudah habis untuk cetakan pertama.
Saya terfikir, betapa jika menggunakan pendekatan yang sesuai, gaya yang menarik, kreatif, hasilnya sangat memuaskan hati.
Dan saya terfikir lagi, banyak pengalaman kecil yang perlu diceritakan menjadi novel.
Gerai Cerdik Publication,
Saya tunjukkan Rita '20 pada jurujual. Saya tanya, "Novel ini laku tak?"
Dia senyum, "Biasa saja", jawabnya.
Saya berkata dan bertanya lagi, kenapa tidak dipromosi dengan baik, kenapa tidak dibuat poster besar-besar. Dia jawab syarikat lebih fokus buku sekolah. Itu lebih laku dan suka dibeli.
Saya tanya kenapa editor tidak datang?
Kenapa penulis-penulis tidak dijemput. Khadijah Hashim ada menulis, Siti Jasmina, Alias Ismail dan lain-lain.
"Saya tidak tahu", jawabnya.
Dia bertanya saya kenapa tanya itu ini.
Saya jawab, "Ini novel saya."
Dalam hati saya, "Memang susah untuk kaya jika menulis novel macam ini."

6 comments:

Jiwa Rasa said...

Sedap nama syarikat tu...
Gerai Cerdik Publication! :)

ekspresi said...

Syarikat ini dikenali sbg Mahir Publication sblm ini. Pejabat di Shah Alam. Dekat K Publishing. banyak terbit buku sekolah. Baru mula terbit novel. Tapi pergerakannya amat perlahan.

Salam Rindu dari Kejauhan said...

salam tuan, aku nak sentuh pasal nak kaya. kan shahnon ahmad dah kata, kalau nak kaya jangan jadi penulis serius tapi jadilah pelacur sastera macam (...?). kau bukan setakat kaya tapi boleh jadi HANTU RAYA (sbb skrg musim cerita/filem hantu)

mohamadkholid said...

sedih jika penerbit buat penulis begitu...

Ainon said...

Cerita yang lebih malang daripada cerita sauadara pun ada!

ekspresi said...

terima kasih tuan haji, kholid dan puan ainon.
setelah kita faham situasi sebegini,...
(saya tiada idea untuk menghabiskan kata-kata ini)