Thursday, November 02, 2006

Heart?

Banyak kali juga saya menonton filem Indonesia. Antara yang saya ingat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini ialah filem Cinta dalam Sepotong Roti, Ada Apa dengan Cinta, Daun di Atas Bantal, Ca Bau Kan, Pasir Berbisik, Biola Tidak Berdawai, Bintang Menari dan beberapa lagi.Yang agak baharu ialah filem Mirror dan Dealova (belum lagi saya tonton) sebelum itu Heart, dan agak lama sebelum ini filem Janji Joni, Eiffel I’m In Love, Ungu Violet, Kiamat Sudah Dekat, kemudian Tentang Dia dan 9 Naga.
Ada tarikan mengapa saya memilih filem Indonesia. Antaranya teknik dan pendekatan garapan pengkaryanya (skrip, kamera dan sutradara terutamanya). Nampak berisi dan menarik hasil kerja seni yang serius. 9 Naga terutamanya, bersifat komunikatif dan impak psikologi pada watak dapat dikesani.
Apabila saya memuji garapan filem Indonesia bukanlah bermaksud meremehkan filem kita sendiri (filem Malaysia). Saya adalah penyokong dan peminat filem Melayu sejak tahun 80-an lagi (sejak menonton tv). Tidak dinafikan ada filem kita yang dikerjakan secara serius dan baik (seperti filem Suhaimi Baba, Uwei, Bada Azmi, dan filem tv Osman Ali dan Rashid Sibir) tetapi ada banyak filem kita yang mengambil pendekatan mudah, ringan dan murah.
Lihatlah Remp-It yang bercelaru cerita dan mempunyai nilai moral yang rendah. Sebelum itu ada Jutawan Fakir, Lady Boss, dan apa-apa lagi. Terbaru, Erma Fatima pula buat Diva Popular, selepas ini Razak Mohaideen teruskan tradisinya dengan Nana Tanjung dan ada pula Cicakman keluaran KRU. Filem-filem yang bertema ringan, kehidupan masyarakat ini boleh digarap dengan lebih menarik, berkesan dan serius. Filem kita lebih banyak mahu memberi ketawa semata-mata kepada penonton.
Baru-baru ini saya sempat menonton filem Heart arahan Hanny R. Saputra dalam bentuk DVD. Fokus pada tiga pelakon utama filem ini, kesemuanya bintang baru Irwansyah, Nirina Zubir dan Acha Septriasa.Temanya ringan tetapi penggarapannya serius. Sebenarnya tarikan utama saya ingin menonton filem ini adalah kerana lagu-lagunya. Lagu-lagu ciptaan Melly dan Anto Hoed bagi saya memang brilliant. Beberapa lagu dalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon utamanya. Sedap didengar dan cepat digemari.
Filem bertema cinta tidak banyak membawa kesan dan pengajaran melainkan untuk remaja yang bercinta. Namun unsur kemanusiaan, kasih sayang yang dipaparkan adalah bersifat universal yang perlu difikirkan kewajarannya.

p/s: Sambil memandu saya mendengar lagu-lagu dari album soundtrack filem ini.

4 comments:

1 said...

orang yang buat filem kat malaysia ini banyak yang otak bantut, pemekiran letak dalam tempurung. aku hairan tengok depa buat filem macam mati pucuk: tak ada nafsu, tak ada passion untuk imaginasi dan kreativiti. tengok filem indon dan orang putih la. dan aku rasa filem tamil ada lain.

ekspresi said...

ha ha. tau tak pe!

Wahyu Budiwa Rendra said...

ya, runut bunyi filem 'heart' ini sangat meninggalkan kesan. lirik dan lagunya, aduhai.. 'sampai menutup mata' & terus 'kehilangan'

ekspresi said...

memang betul. lagu2nya bagus. saat lagu indon bertajuk 'sampai menutup mata' (sungguh puitis) lagu melayu masih berkisar tentang tajuk remeh seperti 'gerenti beres' (hancur bahasa)