Friday, August 01, 2008

Sesiapapun Tak Mampu Menahan Kehendak-Nya

Segala-galanya telah tertulis dan dijanjikan. Cuma kita tidak tahu. Sesiapapun tidak mampu menahan kehendak-Nya. Saya menjangka boleh bertemu lagi dengan Prof Syed Othman, berbual-bual, minta pendapat, dan sama-sama ketawa. Tapi rupa-rupanya pertemuan saya di biliknya itulah yang terakhir. Dan kelmarin, 31 Julai saya dan yang lain menziarah jenazahnya. Subhanallah.
Kita doakan marhum ditempatkan dalam kalangan yang dipelihara selama-lamanya. Al-fatihah.

1 comment:

khumaira said...

Al-Fatihah utk Allahyarham

Kira-kira tiga minggu lepas saya terserempak dg Allahyarham di fakulti. ketika itu saya sedang menunggu penyelia kertas projek. Saya memberi salam dg Allahyarham. Salam disambut dan kuntuman senyuman diberikan.
Rupanya hari itu hari terakhir saya dapat menatapi wajahnya. Masih terngiang-ngiang lelucon Allahyarham tatkala menyampaikan wacana ilmu d panggung budaya tahun lalu.
Allah maha berkuasa.
Salam takziah utk keluarga Allahyarham