Monday, August 14, 2006

Gubra?

FFM19. Pesta lagi. Usaha mengangkat martabat filem patut dipuji dengan penganjuran festival filem setiap tahun. 23 filem bertanding walaupun yang benar-benar baik tidak sampai sepuluh. Yang lain? Macam filem main-main saja. (Ada satu filem tu tajuknya pun ‘main-main’, ha ‘gila-gila’ pun ada) Ada beberapa kelemahan sepanjang FFM siaran langsung di TV. Pengacara tidak menghormati pelakon veteran. Tak kenal langsung siapa di hadapan mereka sedangkan kamera fokus beberapa kali. Memalukan!
Gubra menang filem terbaik. Tahun lepas Sepet kalahkan Puteri Gunung Ledang. Ada orang boleh terima sebab kelainan yang dibawa oleh Sepet. Nilai keluarga, persahabatan dan integrasi kaum. Tapi Gubra lain sedikit. Ada hal yang sensitif tentang agama dipaparkan. Kisah ustaz berjiran dengan pelacur dan beberapa lagi isu. Seolah-olah Islam itu boleh buat semua. Keterbukaan yang tidak bertempat. Cacamerba. Menang juga. FFM19 pun cacamerba. Cerita terbaik dimenangi filem lain. Pengarah terbaik Suhaimi Baba. Filem terbaik Gubra (Yasmin). Entahlah. Siapalah juri tidak tahu pula.
Ada apa pada Gubra? Saya tidak mahu mengulas banyak. Boleh baca dalam blog tehranifaisal dan artikelnya dalam Dewan Budaya, Julai 2006.

6 comments:

smzakir said...

Filem Gubra ini akan jadi tajuk rencana aku, "Filem Malaysia yang Paling Keparat". Kalau dah bodoh tak reti bercakap jangan lah nak bercakap atas pentas, Kalau dah jahil macam abu lahab jangan lah nak berusrah tentang Islam. Aku pun Syed juga apa aku nak heran dengan Sharifah Amani dokyok tu

Anonymous said...

memang paling keparat. semua dalam filem tu. walaupun orang selalu kutuk yusof haslam tapi dia tak pernah cemar bahasa dan bangsa melayu. konon filem indie (independent)tapi semua haprak. jaga-jaga industri seni dah tercemar.

Mas Joko said...

Khabarnya juri diketuai oleh Pansha. Lain-lain Datuk Rahim Razali, Asiah Sarji seorang dari Taiwan dan seorang dari Indonesia. Kenapa Datuk Rahim dan Asiah tidak buat apa-apa. Mungkin juga agenda Astro. Dan ada kemungkinan yang lain juga.

Jimadie Shah Othman said...

Dari sudut kreativiti Gubra tidak bermakna. Ia hanyalah gumpalan-gumpalan provokasi lembik, mengada-ngada dan menjelakkan. Aku tidak selesa dengan cerita Orked. Cerita Bilal Li tak masuk buku aku. Filem itu tidak menghiburkan dan terlalu jauh dengan realiti.

orang lama said...

Saya mengikuti perkembangan filem Melayu terutama sejak 80-an. Karyawan filem Melayu kebanyakannya tidak banyak ilmu tentang ketamadunan. Sebab itu karya mereka tidak ada yang boleh dibanggakan. Ada tema yang baik macam EMBUN tapi dapat pengarah yang tak pandai nak apply, apatah lagi skripnya pun teruk. Ada PALOH tapi diganggu oleh penyunting filem yang bodoh. Ada ABANG tapi banyak adegan minum arak. cuma adalah sedikit yang boleh tahan macam RANJAU SEPANJNG JALAN(itupun dari novel besar, Shahnon)yang sememangnya punya premis cerita yang kuat. Juga MATINYA SEORANG PATRIOT dan ESOK UNTUK SIAPA. SAYANG SALMAH pun bolehlah dikira baik.
Ini menggambarkan karyawan filem tidak banyak membaca, tidak mendalami budaya. Fikir untung saja. Tidak pilih skrip yang baik atau tak pandai hendak buat skrip. Kita punya naskah yang baik dalam novel dan cerpen tetapi karyawan filem takut untuk mengadaptasi.

ekspresi said...

saya setuju reaksi2 di atas.