Thursday, August 10, 2006

Aku yang memetik kamera

Kamera Digital Sony aku bawa ke mana-mana sahaja. Sebenarnya aku ingin ambil gambar keluarga aku sahaja. Tapi apabila keluar rumah, aku cuba juga memain-mainkan kamera termasuk ambil gambar pemandangan atau apa sahaja yang menarik pada aku. Kalau minat ‘save’ kalau tidak suka, ‘delete’. Yang menarik kemudiannya aku jadikan ‘wallpaper’ skrin komputer. Di sekolah, jika ada aktiviti aku akan memetik gambar budak-budak sekolah dan juga kawan-kawan aku. Dalam seminar dan acara rasmi, aku bawa juga tapi kadang-kadang rasa segan hendak bangun untuk mengambil gambar.
Apabila dilihat kembali di komputer, memang banyak tetapi gambar sendiri yang paling kurang. Memang itulah nasib jurugambar.
Gambar juga punyai bahasa yang tersendiri. Daripada gambar, seolah-olah dapat dikesani apa yang dirasakan oleh seseorang. Ada yang senyum meleret, ada juga yang seakan-akan terpaksa. Ada yang malu-malu, dan ada yang pura-pura malu. Gambar juga dapat bercerita dengan tafsiran yang tersendiri. Hampir sama seperti kita menilai lukisan. Ada yang punya rasa, ada yang dapat menyelami fikiran dan estetik, dan ada yang beranggapan kosong, entah apa-apa.
Kunjungan ke PD kali ini tidak sempat menjejak pantai.
View laut dari bilik penginapan di Hotel Costa Rica.
Aku bukan wartawan. Dalam seminar anjuran PENA baru-baru ini aku diminta untuk mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi. Dan aku dapat laksanakan walaupun kadang-kadang rasa malas juga untuk ke depan mengambil gambar orang yang membentang kertas kerja atau berucap. Sebenarnya aku lebih suka mengambil gambar yang bukan untuk tujuan rasmi. Gambar untuk album sendiri yang pasti punya makna dan kenangan pada masa akan datang. Aku lebih suka ambil keluarga aku pergi melawat Planetarium atau KLCC, juga gambar pelajar-pelajar sekolah aku yang tersengih memegang bukunya, atau gambar kawan-kawan bermain futsal.

Siti Jasmina dan Nisah Haron dari PEN.

Ya, aku memang seronok memetik kamera. Seronok melihat kejujuran manusia. Dapat menerka hati budi beberapa manusia. Seronok melihat gambar bercerita dengan tafsiran hati dan akal.

5 comments:

ekspresi said...

thanks juga zakir. kalau perhimpunan penulis muda banyaklah gambar awek. tapi seminar kali ni beri penghormatan untuk orang lama pula.

Nazhatulshima N said...

Terima kasih kerana memetik kamera. Kebetulan baru terima CD seminar di PD hari ini. Saya juga sedang menghayati 'Bebaskan Ekspresi'. Baru-baru belajar nak menulis ,membaca dulu.

ekspresi said...

terima kasih nazathulshima.
anda sudah boleh menulis karya kreatif (saya telah melawat blog anda. cuba hantar ke majalah dan akhbar.

Anonymous said...

kemungkinan besar juga yang diambil gambar tidak mahu orang tak dikenali mengambil gambarnya...

ekspresi said...

jangan bimbang. semua gambar diserahkan kepada PENA. tujuan dokumentasi.