Wednesday, November 01, 2006

Bengkel Penulisan Kreatif Kelab PBMP UPM




sejuknya air sungai
redupnya rumpun buluh
memupuk sedikit ilmu
menimba pengalaman
bercerita dengan alam
lewat kreativiti prosa puisi
sesederhana mungkin.
Tahniah Kelab PBMP (Bacelor Pendidikan – Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama PENA kerana telah mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif dan Apresiasi Alam di Rock Resort, Ulu Yam, Selangor pada 22 dan 23 September 2006 lalu.
Menarik juga. Secara santai di tempat terbuka (tepi sungai) berbengkel tentang penulisan kreatif kepada bakal-bakal guru, mahasiswa-mahasiswi Sem. 3 Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Penceramah dan pembimbing bengkel ialah SN Prof. Dr. S. Othman Kelantan, Napie Mat, S.M Zakir dan saya sendiri.
Tahniah juga inisiatif PENA dan Kelab PBMP UPM atas pelaksanaan program sebegini. Semoga bakal-bakal guru ini dapat memanfaatkan apa yang telah disampaikan dan dibincangkan sepanjang ceramah dan bengkel sekaligus mendalami minat dalam bidang bahasa dan sastera ini. Dan serahkan minat itu kepada bakal pelajar apabila menjawat gelaran guru nanti. Tanggungjawab ini besar dan penting sebenarnya!

p/s: Saya telah tunaikan janji saya kepada peserta bengkel bahawa gambar akan dimasukkan dalam blog ini. Cuma agak lewat. Juga terima kasih kepada Haji Naffi Mat, penyelia sarjana saya di UPM dahulu yang telah banyak membantu saya. Budi tuan tidak cukup dengan terima kasih, semoga Allah yang membalasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Cikgu Ariff dan Sdr. SM Zakir. Satu pengalaman yang baik dan berkesan.
Saya ingat mahu buat blog sendiri. Tapi hendak tulis tentang apa ya?

ekspresi said...

terima kasih kembali azz. bina blog? boleh tulis apa saja, asal berfaedah.