ada bintang yang bersinar
ada yang disinarkan
ada yang benar-benar bintang
ada yang tolong undi dan smskan
maka popularlah.
naik pentas, rasa hebat sangat
terlupa ambil hadiah
ada yang tidak sangka menang konon
bukan menang sebenarnya tapi orang undikan
ada yang hampir terlanggar tiang
ada yang bangga baju pinjam
aduhai, konon bintang
tapi sayang
itu HANYA popular
bukan terbaik!
5 comments:
betul. mereka syok sendiri.
Kita sudah dijangkiti budaya popular. Gemerlapan di luar tetapi isinya kosong. Ramai yang popular kerana perilaku dan tuturkata yang tak senonoh. Popular sudah disamaertikan dengan kualiti.
saya tidak setuju
haiza
bintang bersinar megah di angkasa
manusia bersinar megah di pentas
sinar sms yang melatarinya
sinar yang bukan asli
sinar yang datang dari hati
bolehkah kita percaya pada kata hati?
kata hati sering mencabar sahsiah dan nurani
bintang bersinar yang popular
kerana sinaran sms
takkan sama nilainya
dengan bintang yang bersinar
kerana kualitinya
cauuuuuuuuuuzzzzzzzz
ya bintang rif.bintang perasan.
Post a Comment