Sebenarnya, beliau bukan ayahanda saya. Tapi ayahanda Zakir dan adik-beradiknya yang lain. Saya menyebut 'ayahanda' dalam pengertian yang lain.
Prof Dr Syed Othman Syed Omar (S.Othman Kelantan) masuk wad dua minggu lalu. Saya masih tidak sempat melawatnya. Beliau masuk wad hari Jumaat/ Sabtu tidak silap saya. Hari Rabu itu saya berbual-bual dengannya di bilik barunya di Fakulti Bahasa UPSI.
Dia 'marah' saya sebab tidak tahu dia sudah mendaftar sebagai Pensyarah Tamu di UPSI. Saya minta maaf sebab ada kursus terjemahan dengan ITNMB. Beliau seperti biasa, banyak menasihat, banyak mengkritik dalam berlucu. Dia memang mahu cari rumah di Tanjong Malim sebab tidak larat berulang-alik. Dapat saya bayangkan keletihannya berulang alik Bangi-Tanjong Malim sebab saya pernah merasai pengalaman itu. Bukan letih badan saja, letih poket juga.
Prof merungut-rungut juga tentang karenah pentadbiran berkaitan pendaftarannya sebagai staf di sini. Katanya "adoko patut umur mace ni keno ujie air kecing untuk test dadoh (dadah) . Tengok oghe la...". Saya ketawa.
Dalam perbualan saya dan beliau baru-baru ini, beliau mengatakan puisi melayu pertama bukan ditulis oleh Pungguk seperti yang dipelajari di sekolah. Kata beliau, puisi melayu pertama di tulis oleh Tok Kenali.
Doa saya, doa kita, semoga cepat sembuh ayahanda.

3 comments:
Sama-sama kita doakan kesejahteraan seorang 'ayahanda' dalam sastera Melayu.
sayu hati terpandang nama pada pintu biliknya
assalamualaikum...saya dalah pelajar minor en ariff,barusan semalam saya membentang power point komsas,En nampak memang lucu dan sesekali kelucuan itu membuat kelas tutorial walaupun sedikit mampu menceriakan...mengenai permergian sasterawan negara itu,Dr Siti juga telah menyatakan kemergiannya kerahmatullah,kami sebagai pelajar sebenarnya masih belum sempat berbual bersamanya,erm..tidak merasa pula beliau menjadi pembimbing kami..saya juga juga sebagai pelajar merasai kehilangan tersebut.....salam takziah
Post a Comment