Friday, September 05, 2008

Hilang Lagi Bintang Di Langit

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pejuang kemerdekaan dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 5.58 petang ini akibat jangkitan paru-paru.

Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos lalu dan terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan.

- Sebutir lagi bintang berkilau hilang di mata. Moga perjuangan diambil iktibar, dikenang selama-lama. Al-fatihah.

catatan:
ketika pesta buku antarabangsa kl april lalu, saya telah membeli 8 novel pak samad terbitan creative enterprise dengan harga yang amat murah. saya membelinya untuk melengkapkan koleksi saya, dan yang telah ada pun saya beli juga. mungkin novel-novel ini tidak diterbitkan lagi oleh creative atau entah. saya merasa beruntung memiliki novel-novel itu dan merupakan koleksi yang cukup bermakna.
antara novel2 itu ialah: sutinah, menimba yang jernih, detik-detik cemas, tembok tidak tinggi, kail panjang sejengkal dan lain-lain.

3 comments:

Anonymous said...

Salam bang,

Ramai wartawan muda (konon)sekarang bila menulis takde kredibiliti langsung.Takde substance dan tak hormat pemikiran orang.Kalau kena kerja dengan arwah Tan Sri, tak tahulah...gerenti balik kampung menangis!Lu fikirlah sendiri!

Hehehe!Salam ramadhan!

Ki Kiey said...

salam ramdahn:]

al fatihah untuknya.
amin

ekspresi said...

dalam 'hujan pagi' pak samad said berkisah tentang dunia kewartawanan. wartawan zaman pra merdeka dan awal selepas merdeka cukup kuat jatidiri dan prinsip hingga sanggup dipenjara.
zaman kini, ada juga, tapi terlalu sedikit.
terima kasih rai dan kikiey!