Di sini, Ariff Mohamad dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog ini, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan penulis, kawan-kawan lama, para pelajar dan juga guru-guru serta saudara-mara dan sesiapa sahaja yang pernah bersalaman atau berkenalan dan yang pernah bertegur sapa atau berhubung.
Melalui blog ini saya dengan rendah hati menyatakan bahawa saya adalah manusia biasa yang pasti ada melakukan kesilapan, terkasar bahasa yang tentunya tidak disengajakan dan ada juga yang disengajakan.
Saya juga akan menerima, menghantar sms dan membalas sms secara 'foward' ucapan hari raya dan mungkin ada yang diselangi gambar-gambar dan pantun-pantun lucu dan indah. Terima kasih dan sangat saya hargai kerana ingin menghubungi saya. Tidak perlu dipertikai kenapa mesti di'foward'kan (dipanjangkan/dilanjutkan) kerana itulah sahaja cara yang cepat dan memang teknologi sms, mms dan emel untuk memudahkan manusia. Dan percayalah kejujuran itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pelayaran, kembara, perjalanan sesekali menarik juga dianalogi seperti berperahu. Berbekalkan kudrat dan upaya yang kecil, meredah lautan untuk memenuhi hasrat dan cita-cita hidup. Dengan harapan mendapat kebahagian daripada keberkatan dan keredhaan Ilahi, pastinya perahu sekecil ini, di lautan luas, tidak terelak pukulan ombak, tiupan angin, hujan ribut dan ancaman lanun. Dan sesungguhnya dalam kehidupan nyata sehari-hari, ombak, angin, hujan dan lanun ini memang wujud menggangu kita dengan pelbagai wajah dan penampilan.
Nostalgia. sesekali menjentik bagai kembang mewangi dan begitu menyindir apabila usia dewasa (menuju tua). Betapa tulusnya persahabatan kanak-kanak. Seronok bermain tanpa prasangka dan tanpa ego atau merasakan siapa yang paling hebat. Hati bagai berpadu dalam bulatan yang entah di mana letaknya dan kukuh bagai kepalan yang entah bagaimana bentuknya. Bersama-sama berlari ke sana-sini dengan comot wajah, kusam baju dan masam ketiak. Nostalgia tetaplah nostalgia yang semakin jauh ditinggalkan.
8 comments:
puitis sangat. hingga terasa sebak. selamat hari raya buat en ariff dan keluarga.
- ana awani
Salam ...
Selamat Hari Raya juga untuk En Ariff sekeluarga
Assalamualaikum,
Salam lebaran minal aidil wal faizin. Semoga diberikan ketenangan dan kesihatan
Gambar perahu mengingatkan aku pada kenangan. Paling nikmat aku pernah menaiki perahu besar (kapal barang) dari Batam ke Bengkalis, dari jam 12 tgh hingga 8 malam. Tidak pernah aku naik perahu selama dan sejauh itu.
terima kasih.
suzy,
masih boleh kutip duit raya.
wardah,
salam lebaran juga.
nassury,
wah, jauh tu berperahu.
terima kasih atas kunjungan ana awani. jika ada blog boleh dinyatakan.
Salam Syawal Ariff,
Masih tidak terlalu lewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Halalkan ilmu yang dipetik, maafkan bicara yang menjentik. Teruskan menulis setiap detik.
terima kasih ustaz. insya Allah. salam syawal juga.
Post a Comment