Monday, October 05, 2009

Malam Interaksi dan Perpaduan, dan Sejambak Puisi

Jumaat lalu, 2 Oktober telah berlangsung Malam Interaksi dan Perpaduan (dahulu dikenali sebagai Malam Tautan Kasih) siswa Jabatan Bahasa Melayu. Sebagai tradisi acara ini untuk mengalu-alukan kedatangan siswa Semester 1 (walaupun terlewat), selain sebagai majlis sambutan Hari Raya.
Persembahan oleh siswa Semester 1, 3, 5 dan 7. Baik dan anda memang berbakat. Tahniah.
Malam itu, saya hadiahkan sebuah deklamasi sajak dengan iringan muzik dan tayangan slaid. Puisi berjudul "Cerita Terpanggil-panggil, Penglipur Semakin Melara" itu disiarkan Mingguan Malaysia Ahad lepas (4 Oktober). Puisi penuh di sini.

15 comments:

Anonymous said...

salam...
en ariff...
memang best la puisi tu...
penuh pghayatan...=)
tahniah...

Unknown said...

sgt mdalam puisi 2h..
susah nk phm..
tp en.ariff best..

ekspresi said...

terima kasih anonymous dan orked.

Anonymous said...

rugi tak dapat hadir waktu tu..xde record ke?



kasih ariana..

Hasmora said...

Salam Eid Mubarok Encik Arif.. uhu
sebetulnya selalu jenguk ke sini cuma tidak meninggal jejak.. sama-sama atas kerjasama tempohari.. semoga berpeluang lagi kita insyaAllah Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 nanti.. :)

Anonymous said...

memang bagus,penuh penghayatan da tersirat....harap lebih ramai pelajar upsi mencontohi tuan,harap kejadian persembahan pelajar semester 3 seperti babak membuat lawak tentang arah kiblat,melakonkan gerak solat,dan bersolat 1 rakaat tidak diulangi lagi.

ekspresi said...

kasih ariana,
terima kasih atas kunjungan. jika ada blog sila nyatakan.

ustaz hasmora,
salam aidil fitri juga.

anonymous,
terima kasih. untuk kunjungan akan datang nyatakan nama atau cuba membina blog sendiri.

Anonymous said...

mmg encik ariff bbakat la..
tahniah..

Syahidah said...

Salam.Puisi yang En.Ariff baca malam tu sangat mendalam dan susah untuk ditafsirkan..tapi Encik memang bergaya habislah masa baca puisi tu. Lepas ni kami pelajar sem 7 tak bolah tengok Encik bersajak lagi la...sedihnya..

syahidah said...

Salam. Puisi yang En.Ariff baca malam tu memang mendalam sangat maksudnya dan susah nak ditafsirkan.Apa-apapu Encik memang bergaya habislah masa baca puisi tu. Lepas ni kami pelajar sem7 dah tak boleh tengok Encik baca puisi lagi la..sedihnya..

Anonymous said...

xde blog lagi..lebih bermakna hanya sekadar "anonymous"




kasih ariana..

YuHa SyuHaDa said...

salam En. Ariff...
sy ada membelek2 semula akhbar yg sy bli bertarikh 4 Oktober lalu dan terjumpa sajak yg en.ariff deklamasikan pd mlm tautan kasih hari tu..mmg mendalam maksudnya yg membuatkan sy terpanggil2 utk m'bacanya utk sekian kali.. =)

ekspresi said...

terima kasih syahida, kasih dan yuha,
maaf terlewat memberi respon.
puisi itu analoginya pelbagai, penglipur itu boleh disamakan dengan pencerita, penulis, guru, pentadbir, dan sesiapa sahaja. cerita yang terpanggil-panggil itu analogi kisah, berita, wasiat, ilmu, perasaan atau apa sahaja juga. ada beberapa puisi saya begitu, mendalam sikit.
terima kasih sudi mentafsir.

ms do said...

salam...
terlewat nak komen.
sungguh berbakat.
harap tahun depan usaha lagi agar lebih mantap.
tidak sangka saya encik ariff memang berbakat.
takkan ada yang tidak terpanggil dengan puisi itu.

ms do.

Anonymous said...

ariff mohamad nama sendiri,
berbakat besar dalam puisi,
pensyarah baik budi pekerti,
anugerah dari ilahi.
huhuhuhuhu....
shiefpool