Friday, October 02, 2009

Nostalgia Lagi


Tempat aku dilahirkan, diasuh. Di sini.
Di sini ada kasih sayang, ada cinta, ada harapan dan ada cita-cita.
Di sini ada ketawa, ada tangis,
Nostalgia, sering mengusik.
Pulang sesekali, sememangnya sepi luar dan dalam.
Dan hari raya tahun ini, semakin sunyi di sini.

18 comments:

saleeh rahamad said...

sedihnya apabila generasi kedua seperti kita tidak dapat memanjangkan hayat kemeriahan rumah pusaka kerana generasi ketiga semakin jauh dari puncanya. akhirnya rumah pusaka akan reput menyatukan diri dengan tanah dan kembali ke asalnya seperti kita juga suatu hari nanti.

Angel Suzy said...

teringat kampung halaman nan jauh di mata. tapi sentiasa di hati. teringat riuh sanak saudara bila berkunjung. sedey betul bila dah jadi perantau ni . lebih2 lagi teringat wajah ayahanda dan bonda. sudah 5 thn tak sambut raya pertama bersama.

S.M. Zakir said...

Klasik rumah tu, tinggi nilai sentimentalnya. Jaga baik-baik rumah pusaka tu. Jangan dibiarkan makan anai-anai.

Anonymous said...

aku juga sedang membawa nostalgia buat mengecapi dunia baru....

blog ini menarik buat tatapan saya.


-Farrahanny Hermaniettze

ekspresi said...

tuan saleeh,
begitulah. tapi kampung halaman tetap di hati.

suzy,
beraya di kampung halaman ada nilai sentimentalnya. mungkin akan datang dapat peluang itu.

tuan z,
insyaAllah akan jaga baik2. sentimental nampak...

farahany,
terima kasih atas kunjungan

saleeh rahamad said...

rumah tinggi gitu susah orang nak ngintai...

ekspresi said...

tuan saleeh,
tak boleh intai. hehe. rumah orang perak memang tinggi-tinggi.

Angel Suzy said...

suasana kampung lain dengan bandar. rindu dengan suasana riuh di desa.

S.M. Zakir said...

mau tak boleh, intai dari bawah rumah...

Rumah nenek aku di kampung dah dijual tak berapa sen. Mak aku dan adik-beradiknya takut nak simpan, takut saka. apara hilang rumah asal pengurus estet zaman British.

ekspresi said...

suzy,
ketenangan di kampung memang tersendiri.

z,
nak buat macam mana z. kalau ada lagi boleh buat homestay.

Anonymous said...

usah bersedih...doakan pada yang tiada..




kasih ariana.

ekspresi said...

terima kasih ariana.

Anonymous said...

HTTP://NTVIRUS.WORDPRESS.COM

Sham al-Johori said...

wah, rumah pusaka yang menarik.
Kau jagalah rumah itu elok-elok. Nanti bila dah kaya dan ientelektual, rumah itu ada nostalgian yang paling berharga daripada PhD.
Aku teringatkan rumah kakek aku yang runtuh akibat rebutan. Kini rumah entah ke mana dan yang tinggal hanya hutan.

ekspresi said...

terima kasih tuan hj sham,
insyaAllah akan terpelihara.

Anonymous said...

rumah yg ade nilai sentimental yg tsendiri..... bla tngok rase sayu, rasa damai, rasa kasih.... mst bnyk kenangan kt situ kn... en ariff simpan rumah tu elok2.kalau bleh, jng ubahsuai sb yg asal 2 smestinya lbh baik....


alin.

ms do said...

rumah yang mengingatkan sy pd yg sudah tiada.walaupun tidak serupa tapi tetap ada persamaannya. hargailah bahasa melayu kite....peace

ms do

Anonymous said...

'Rumahku, Syurgaku'
kesenian rumah ini sentiasa terpelihara, walaupun dimakan anai-anai, dimamah bubuk, di basahi hujan, diterangi matahari.. ia tetap teguh bertapak di atas bumi tanpa hilang kenangan yang diberi..
_Shiefpool_