Gambar hiasan dari sebuah blog multiply
Dalam kerja mengungkap kreativiti, dalam arus naratitiviti, penangguhan sering berlaku. Kerja menulis, dalam banyak keadaan mempunyai obsesi yang sukar dibayangkan dengan kata-kata. Yang terkeluar akhirnya rungutan dan sesalan diri berupa kata-kata marah, geram dan kecewa. Malah lebih membahayakan apabila memilih untuk kata, ‘putus asa’.
Kerja menulis memerlukan kekuatan, disiplin diri yang kuat dan keberanian. Ini kata-kata pencetus. Namun kadangkala dilupakan apabila kekuatan hilang menjadi lemah, lupa dan malas. Ini sering berlaku. Bayangkan jika seseorang penulis perlu duduk menekuni karya sepanjang tiga jam untuk sebuah bab pendek novel. Sehari dua mungkin punya kekuatan tapi untuk meneruskan selama seminggu, sebulan? Bukan semua ada kekuatan itu. Bukan hanya kekuatan stamina dan metabolisme sahaja, kekuatan daya fikir dan kreativiti juga perlu. Antara yang menjadi pantang bagi penulis yang baik adalah mengulang klise. Unsur-unsur stereotaip atau klise adalah musuh penulis. Klise dapat diatasi ini jika ada kekuatan.
Disiplin diri. Ya, disiplin sangat penting. Islam sangat mengambil berat tentang disiplin ini. Sebagaimana perlunya kita bersolat pada awal waktu wajib lima kali sehari, dan sering makan tengah hari betul pada waktunya, menulis juga sepatutnya begitu. Namun bagi yang menulis secara sambilan, kerja-kerja menulis terpaksa dikorbankan untuk tugasan yang lebih utama.
Keberanian? Daripada segi apa penulis perlu berani? Keberanian dalam naratif adalah keberanian kreatif. Ini pernah dilakukan oleh Shahnon Ahmad, A.Samad Said, Arenawati, Anwar Ridhwan dan banyak lagi. A. Samad Said pernah dikritik kerana mengangkat kisah pelacur dalam Salina. Masalahnya, orang hanya mengkritik tetapi tidak pun menulis kisah yang lebih mulia daripada itu. Jika adapun, tidak sehebat itu. Begitu juga Shahnon dengan Ranjau Sepanjang Jalan. Ada yang mengkritik Shahnon merendah-rendahnya pemikiran petani. Namun tiada novel yang berkisah tentang petani sehebat itu walaupun sudah berdekad lamanya. Anwar Ridhwan dalam Naratif Ogonshoto mempunyai kias sosial dan politik yang mendalam. Itulah keberanian mereka dalam kreativiti.
Dalam waktu penangguhan naratif, seperti ruang intermezzo dalam konserto, marilah kita memikirkan sejenak tentang kekuatan, disiplin diri dan keberanian ini.

5 comments:
menarik...berminat juga dgn penulisan kreatif
Salam saudara,
"jejak ke mari".
kita tulis dan nulis biarpun mengambil masa berhari-hari hatta bertahun-tahun...atau duduk melongo mmenopang dagu menganga langit untuk tiada apa-apa!
Yang penting ialah tulis dan tulis dan tulis ... dan jangan lupa selalu membacanya dan membaiki. karya yang baik tidak akan sempurna hanya sekali siap, kecuali genius.
solihin,
terima kasih atas kunjungan. pupuk dan teruskan minat.
zulkifli,
terima kasih.
luq,
menulis kadang2 ada mood juga. tapi yang kental semangat akan dapat tempuhinya. dan saya tahu, anda antara yang kuat itu.
nassury,
terima kasih.
lama tak jumpa abang kita ni. duduk kota bharu senyap saja.
Post a Comment