Sunday, November 15, 2009

Kesempitan Idealisme

Saya tidak hairan apabila Istana Budaya membuka peluang untuk filem Cuci diteaterkan baru-baru ini. Ini bukan kali pertama filem dibawa ke pentas teater. Puteri Gunung Ledang sebelum ini juga Impak Maksima.
Khabarnya pemimpin-pemimpin besar dan pemimpin utama hadir. Akhbar pun mengulas karya ini hebat. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, teater Cuci adalah daripada filem. Begitu juga dengan Impak Maksima dan Puteri Gunung Ledang. Teater muzikal ini bukan daripada skrip yang teruji sebagai naskhah teater. Mana skripnya, mana bukunya?
Orang Malaysia nampaknya masih buta atau kelabu biji mata tentang teater. Asal ada pementasan, ada lagu, ada pelakon, jadilah teater. Jangan pedulikan cerita, pemikiran, idea, pengajaran… jangan peduli semua itu kerana teater hanyalah pementasan.
Saya , secara peribadi rasa bertanggungjawab terhadap seni, budaya dan karya-karya di negara ini. Saya hanya menegur tetapi hanya dalam blog ini sahajalah. Lain-lain saya tidak mampu. Jika karya ingin membina pemikiran tinggi, kreativiti yang baik, tonjolkanlah seni yang baik, yang mempunyai pemikiran tinggi, atau kalau tidak tinggi sangat pun biar betul caranya dan pendekatannya. Jangan suka hati saja.
Kepada karyawan filem, buat filem sajalah. Kalau ingin masuk pentas teater, isi dulu skrip dengan pemikiran yang bernas dan bijaksana. Hasilkan dulu skrip yang baik, kemudian terbitkan skrip. Contohilah negara maju. Kita mempunyai tempat pementasan yang sangat baik. Tapi janganlah diisi dengan cerita yang hanya hiburan dan seronok-seronok yang memperlihat rendah idealismenya.
Maaf, terkasar bahasa kepada sesiapa sahaja, yang terasa, agaknya.

7 comments:

edolah said...

ini semua gejala ringgitisme...

ekspresi said...

e,
betullah tu...

MARSLI N.O said...

Sdr Ariff: Saya suka dan menyokong pendapat Sdr. Cacing sudha kian menjolok ke mata.

Sham al-Johori said...

Hello bro,
Aku nantikan upin & ipin dipentaskan di IB.

ekspresi said...

sdr marsli,
terima kasih. apa nak buat...

sdr sham johori,
mana tau terbuka hati mereka untuk buat pementasan upin ipin pulak?

Anonymous said...

Tersenyum2 saya dengar kalo upin n ipin dipentaskan...baiyazidmustaffa07.blogspot.com

ekspresi said...

terima kasih baiyazid