Saya sudah lama tidak berbual-bual dengan Pak Lias. Sejak isu PPSMI, Pak Lias banyak mendiamkan diri. Baru-baru ini saya sempat bertemunya. Sebaik sahaja meletakkan basikalnya di hadapan medan selera itu, saya tanya ke mana Pak Lias selama ini. Katanya dia sibuk buat lemang berniaga pasar malam selain membaca buku-buku dan kitab-kitab lama.
Saya tanyai Pak Lias tentang sekolah satu aliran. Ini jawabnya:
"Ingat peristiwa penutupan sebuah sekolah Cina yang kontroversi beberapa tahun dahulu. Ingat tunjuk perasaan tentang itu? Itu baru sebuah sekolah. Belum lagi mahu tutup semua sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil? Bagaimana agaknya cara damai untuk melaksanakan ini? Perjanjian Pangkor sekali lagi? Apa guna slogan 1 Malaysia kalau sekolah satu aliran pun susah untuk ditentukan. Apa khabar Sekolah Wawasan, sekolah bestari?
Lagi satu pertanyaan, sejak selepas merdeka Perikatan (BN) melalui MCA mewakili masyarakat Cina ada SJKC, MIC mewakili masyarakat India ada SJKT, UMNO yang mewakili masyarakat Melayu kenapa tidak pernah memikirkan untuk menubuhkan SJKM?"

7 comments:
Tuan tanah,
pergi mampuslah sama itu 1M. asyik timbulkan idea karat aja... lepas tu lepas tangan dan suruh rakyat berfikir. banggang betullah...
tuan haji sham,
1M = 1sen.
Sdr Ariff: Saya datang membaca dan menjengah kerana Sdr meninggalkan jejak di blog saya. Saya akan tetap datang lewat pintu-pintu yang lain. Sebab saya tidak marahkan apa-apa dan siapa.
terima kasih sdr. marsli.
hanya marah saya marah dalam blog sahaja.
nanti kami nak mintak sekolah jenis kebangsaan iban, sekolah jenis kebangsaan bidayuh, sekolah jenis kebangsaan kadazan, sekolah jenis kebangsaan melanau, sekolah jenis kebangsaan orang ulu, sekolah jenis kebangsaan orang asli bla..bla..bla. Wokay tak?
luq,
alamak banyak la sekolah baru macam tu. haha.
bercerita tentang sekolah 1 aliran untuk 1 Malaysia, saya telah menghadiri latihan dalam perkhidmatan pd sabtu yang lepas..penceramah jemputan menyedarkan saya tentang 1 perkara daripada berpuluh-puluh perkara yang belum 1M..harga buku semenanjung dan sabah/sarawak dua harga,kenapa tidak 1 harga?bagaimana hendak mencapai 1M kalau harga buku pun tak 1M.
Post a Comment