2010 menamatkan dekad pertama milenium baru yang digemparkan dengan fenomena Y2K sepuluh tahun dahulu. Dekad ini, seperti dekad-dekad yang terdahulu, mencatat pelbagai peristiwa di mana-mana pun di dunia ini. Manusia, sebagai perakam peristiwa dan turut terlibat dalam peristiwa tertentu.
2010, telah berakhir. Begitulah masa terasa cepat berganjak hari demi hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam bidang penulisan, khususnya kesusasteraan Melayu, tahun 2010 mencatat sejarah tersendiri. Paling hangat ialah isu novel Interlok yang tercetus awal Disember 2010 yang dimulakan oleh kenyataan seorang timbalan menteri mahu novel itu dihentikan sebagai teks komponen sastera (komsas) bagi tingkatan lima di sekolah zon tengah. Isu ini bukan semata-mata isu sastera malah tentang menjadi isu budaya dan politik. Dalam konteks kesusasteraan, isu ini melibatkan maruah dan jatidiri seorang sasterawan negara dan persoalan kebebasan dalam kreativiti. Manakala dari sisi politik ini mempunyai kepentingan daripada sisi yang tidak dilihat dengan mata kasar. Namun keseluruhannya isu ini menyangkut persoalan peradaban, ketamadunan dan perjuangan bahasa dan budaya.
Pada masa akan datang, pihak Kementerian Pelajaran seharusnya berhati-hati dalam pemilihan teks terutama apabila terdapat teks (novel, cerpen, sajak dan drama) yang sangat lemah daripada segi isi, nilai termasuk judulnya.
Dalam situasi yang lain, pemilihan Zaen Kasturi (Zainal Palit) sebagai penerima Sea Write Award 2010 dari Kerajaan Thailand, bukanlah mengejutkan kerana nama beliau telah dicalonkan beberapa kali sebelum ini. Tetapi yang mengejutkan adalah penulis-penulis yang dipilih meninggalkan nama Zaen pada tahun sebelum-sebelum ini. Tanpa berniat untuk mempertikai pemilihan penerima anugerah sebelum ini, apa yang difikirkan seharusnya ialah nama penulis muda selalunya berada di bawah atau hanya pelengkap senarai sedangkan nama yang terdahulu masih terlalu banyak. Kaedah pemilihan dan penjurian seharusnya diubah. Lihatlah kualiti karya, bukan senioriti seperti memberi pingat untuk diberi. Pemilihan, syarat dan kriteria adalah milik penganjur dan jawatankuasa pemilih, tapi khalayak juga wajar tahu, dan berhak untuk menyatakan pendapat layak atau tidaknya seseorang. Zaen Kasturi sepatutnya telah mendapat anugerah tertinggi Asia Tenggara untuk bidang penulisan itu sejak lima ataupun sepuluh tahun dahulu. Karya-karya beliau banyak sekali memenangi Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Pemilihan S.M Zakir (Syed Mohd Zakir Syed Othman) sebagai penerima anugerah penulis muda MASTERA, ringkasan daripada Majlis Sastera Asia Tenggara juga merupakan satu penghormatan kepada penulis muda. Tahun 2010 juga dalam gerakan berpersatuan dan berorganisasi, Persatuan Penulis Nasional (PENA) telah memberi peluang tampuk kepimpinan muda.
Selain komuniti siber lewat facebook dan blog, program diskusi juga rancak dijalankan. Antaranya Dialog Orang Muda (DOM) yang berkesinambungan daripada Dialog Pinggir yang diadakan di Rumah PENA bermula awal tahun 2000 (anggaran).
Kerjasama dalam pelbagai bidang seni, tidak semestinya penulisan tetapi grafik, seni visual, filem, muzik dan teater juga perlu untuk mewujudkan perkembangan yang sihat. Cuma sastera bahasa Inggeris agak terasing dan mewujudkan komuniti sendiri. Khalayak atau audien seharusnya memahami karya seni itu bagaimana yang dapat membezakan karya seni estetika tinggi dan karya yang bertaraf biasa-biasa sahaja.

No comments:
Post a Comment