21 Disember, pagi dingin hingga ke temulang. Dari Alor Setar ke Kuala Perlis, feri bergerak jam 7.00 ke pulau lagenda, Langkawi. Aku dan Nassury peserta paling lewat sedangkan yang lain telah tiba sebelum jam 6.00 petang 20 Disember. Bengkel Penulisan Kreatif Guru untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia diadakan pada 20-23 Disember 2006 di Hotel Seaview. Untuk tujuan kursus anjuran Kementerian Pelajaran, inilah kali kedua aku ke Langkawi (pertama anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan 2002 dahulu) walaupun selalu ke Kuala Kedah dan Alor Setar.
Sepanjang tiga hari kepala asyik memikirkan teks Sulalatus Salatin kerana kami diminta menulis cerita berdasarkan teks tersebut. Bab dan bahagian telah diagih-agihkan. Aku dapat bahagian yang agak belakang, di penghujung episod empayar Melaka yang ketika itu telah berpindah ke hulu Muar.
Dan sempat juga (malah setiap petang selepas tamat bengkel) kami (bersama-sama Shamsuddin, Lutfi, Hameer dan Nassury) ke pekan Kuah bersiar-siar membeli apa yang patut. Memang harga beberapa barang agak murah seperti coklat, kain batik dan juga perfume.
Kunjungan sebelum ini sempat bersiar-siar seluruh pulau, dari kilang minyak gamatnya hinggalah ke dunia air (Underwater World) atau ke pusara Mahsuri, yang berlagenda itu. Tetapi kali ini masa agak terhad. Cadangan untuk bersiar-siar dibatalkan. Namun begitu, sesekali terfikir juga tentang pulau ini yang dikatakan penuh cerita dan lagenda itu. Terlintas idea untuk menulis sebuah novel tentang Mahsuri, tetapi dari sudut apa agaknya. Cinta? Politik? Sejarah? Dan aku biarkan saja berlegar dalam kepala hingga sekarang. Dan entah sampai bila.
Kami pulang dengan janji untuk menyiapkan buku cerita berdasar Sejarah Melayu yang diamanahkan. Apapun, terima kasih penganjur, Mazlin dan Roslan dari MBKM, Dr. Roselan, Hj. Naffi dan semua teman yang mengikuti bengkel.
p/s: Suatu ketika, Langkawi pernah mencipta kenangan. Mungkin 'Kenangan Terindah' kata Samsons.
4 comments:
salam rif,
gabungkan saja. politik, cinta dan sejarah tentu bakal membuahkan fiksyen yang mampu menggegarkan.
tapi aku pun dah lama tak tulis puisi.
selamat tahun baru, sahrunizam.
assalamualaikum...
hai...
lama x dgr cite...
wat la novel ttg kehidupan awak dr zaman kanak-kanak smpi skrg...
sori lupa nk bgtau...
i'm eija...
kta kenal masa di bengkel penulisan kanak-kanak di langkawi.
Post a Comment