jalanku pening dalam asap dan sesak jakarta
dalam kepalaku buku, buku, buku
kantung hingga nipis namun kartu kredit penyelamat
kalut di pesta buku, asyik di gramedia, tenang di walisongo
senandung opick tenggelami peter pan
tertangguk teater anak muda dan filem belanda
gejolak cair melihat percikan warna kanvas
sempat menjengah pasar kulit dan telekung
ingin menjeleng cewek
namun ada ingatan, ingatan dari mana ya?
uh, penat berjalan namun kenyang dengan nasi padang
kerongkong basah jus alpukat
dingin segar wuduk di istiqlal
selintas nama diponegoro, kuterfikir nasionalisme
hujan pula kemudiannya
pesawat air asia terlewat sejam
dan sms kertas kerja perlu disiapkan segera
membuat mataku merah hingga ke pagi.
5 comments:
Jangan jeling lama-lama cewek tu. seronok ya memborong buku kat jakarata. si lutfi beli berapa beg ?
ha ha. lut sudah boleh membuka mini pustaka indon di rumahnya.
lain kali kalau nak ke jakarta tu ingat-ingatlah kat aku di sini ya.aku pun kepingin ke sana
sahrun ada peluang ke sana nanti.
kalau boleh nak beli cewek-ceweknya sekali. tapi dosa.
Post a Comment