Tuesday, September 18, 2007

Lama Tak Jumpa


Saya mulakan dengan Assalamualaikum.
Lama, terlalu lama blog ini tidak dikemaskini dan tiada post baru. Mulanya ingin menyepi seketika memberi tumpuan urusan rasmi dan karya penulisan. Rupa-rupanya semakin diberi tumpuan semakin banyak dan semakin tidak pernah selesai. Ada sahaja hari demi hari, berkurang yang ini, bertambah yang lain pula.
Kesihatan sedikit terganggu. Aktiviti pun macam-macam. Selain menguruskan seminar, berminat pula hadiri seminar lain, jadi pembentang mesti siapkan kertas kerja, jadi peserta pun kena beri perhatian.
Buku, semakin bertambah di rak. Hingga kadang-kadang masalah hendak baca yang mana satu dahulu. Sedang baca yang ini teringat mahu baca yang lain.
Fikiran kadang-kadang letih, perasaan juga terusik. (Tak perlulah cerita di sini)
Apapun, saya ingin kembali berblog dengan kadar yang mampu. Insya Allah.
Kawan-kawan, dan pelajar saya, sila beri sokongan.
Terima kasih.
Selamat berpuasa.
Dan saya baru menyambut ulangtahun ke -- tiga hari lalu. bukan dengan piza atau spageti tetapi martabak Maidin Sungai Sekamat Kajang.

1 comment:

Nancy Ahmadie Chen said...

btol ka ni encik? tp selalu tgok encik tersenyum selalu je. hehehe. apapun, encik mst kuatkan semangat. kami sentiasa berada di belakang encik. Encik penat2 pun tp masih bersemangat untuk mengajar lagi. walaupun tidak berkesempatan berguru dengan encik lagi sem ni, tp jasa n jenaka encik tetap dalam ingatan kami... semoga Allah merahmati encik selalu... Amiin.