Tuesday, May 20, 2008

Promosi Blog Baru

Jumpa Rahimidin di DBP (Seminar Pemikiran A.Samad Said). Orang lain makan di dewan kami bertiga (dengan Lutfi) lari ke Restoran Kancil makan ikan patin masak tempoyak. Rahimidin kata dia sudah launch blognya. Sempat cerita tentang Impak Maksima dan Cicakman mahu 'diteatermuzikalkan'. Aduhai, nampaknya skrip teater kita yang bermutu sudah tiada. Dan orang-orang kita sudah tiada idea. Teater P.Ramlee pun macam rojak dan tidak fokus siapa penulis skripnya. Tertanya-tanya juga mana skrip Syed Alwi, Noordin Hassan, Shahrom Hussain, Kala Dewata. Impak maksima itu tiada apa-apa. Hanya tunjuk kereta, tunjuk orang bertumbuk dan main-main mata. Bahasa, hancur. Nilai? pergi Nilai 3 lagi baik. Pemikiran? Lu fikirlah sendiri...
Blog Rahimidin, http://www.rahimidinzahari.blogspot.com/

Dengan SM Zakir selalu sms. Kadang-kadang marah dalam tulisannya tapi marahnya bertempat. Silalah ke blognya, http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/

Blog 'malas' saya ini dikunjungi seorang teman lama, Cikgu Azlan, juga seorang penulis (menggunakan nama Chulan Chin). Blog beliau, http://amal4444.blogspot.com

Saya percaya, blog sebegini tidak membuang masa.

Seronok juga tengok blog kawan-kawan. Dalam sibuk kerja, ditambah urusan itu ini, wajar juga kita beri alasan untuk memilih yang terbaik apa yang kita mahu baca atau apa yang kita mahu buat. Bukan cari alasan atau helah bela diri. Sekarang orang tidak guna istilah itu. Mungkin retorik namun retorik pun ada seni dan kias sindirnya. Orang yang berfikir tidak cepat marah-marah, tidak cepat menuduh namun selektif dan terbuka.

Maka, berblog pun mesti selektif walaupun dalam kalangan penulis sastera sendiri.

2 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Terima kasih sdr Arif, kerana 'mempromosi' blog sahabat. Bagi saya, yang penting, blog menjadi saluran mempererat hubungan silaturrahim sesama kita/rakan. Iyalah..nak berjumpa secara berdepan, tidak berpeluang, dan masing2 pun ada urusan masing2.. Apapun, TAHNIAH kerana sdr Arif semakin sukses dalam dunia sastera. Saya tumpang gembira serta mendoakan kejayaan sahabat.

SATIRA + KACAU said...

Sdr Arif: Hendak tahu bagaimana, sila ke Satira + Kacau.

Ha. Jangan marah.