Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia perlu dihentikan segera. Jangan lagi berdolak dalik dan beralasan untuk meneruskannya. Bertindaklah secara rasional dan contohilah negara-negara maju yang lain tentang budaya ilmu, kedaulatan bahasa dan penghormatan terhadap ketinggian ilmu. Tamadun yang gemilang di dunia disebabkan kekuatan jati diri berkait dengan bahasa dan kekuatan penguasaan ilmu selain lingkungan politik yang selamat, sistem ekonomi yang teratur, masyarakat yang beragama dan berbudaya tinggi.
Sudah banyak suara tentang betapa usaha untuk memahirkan pelajar dalam berbahasa Inggeris dalam bidang ilmu atau subjek yang berat seperti Matematik dan Sains adalah usaha yang tidak koheren (tidak bersangkut paut). Bahasa Inggeris adalah bahasa Inggeris. Matematik dan Sains pula bidang ilmu yang lain. Bahasa Inggeris boleh dikuasai dengan berbagai-bagai cara bukan dengan menggunakan sebagai bahasa subjek. Situasi yang berlaku di sekolah-seklolah, pelajar tidak dapat menguasai istilah dan aplikasi dan operasi dalam kedua-dua subjek ini. Pemahaman dan konsep lebih jelas dalam bahasa ibunda masing-masing.
Bahasa adalah keupayaan akal dan hati manusia yang dibentuk pemikiran, budaya dan lingkungan persekitaran. Tiada kena-mengena dengan penguasaan ilmu Matematik dan Sains. Kita digalakkan untuk menguasai banyak bahasa dengan berbagai-bagai cara, bukannya dalam subjek khusus Matematik dan Sains. Penguasaan Bahasa Inggeris perlu dimantapkan melalui kurikulum dan kempen kerajaan.
Para pemimpin perlu memikirkan perkara ini bukan asyik bercakap tentang pemilihan jawatan dan manifesto pilihanraya sahaja. Jangan korbankan bahasa Melayu semata-mata untuk mengangkat bahasa asing. Tidak salah menguasai bahasa asing namun strategi dan pendekatan perlulah sesuai. Lagipun bukan sahaja bahasa Inggeris itu penting, bahasa lain juga perlu dikuasai jika mampu seperti bahasa Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Jerman. Bahasa Inggeris bukan untuk pelajar-pelajar sekolah semata-mata namun untuk seluruh rakyat Malaysia. Penguasaan bahasa Inggeris secara umumnya di negara kita masih lemah. Siaran televisyen pun ada alih suara, sari kata dan terjemahan. Bahasa Melayu perlu terus didaulatkan.
-Ariff Mohamad.
5 comments:
cadangan yang baik
-husni
saya setuju sangat....
SALAM SDR ARIFF
KEADAAN SUDAH TIBA PADA SATU PERINGKAT: PEMIMPIN KERAJAAN YG BERKUASA SECARA MEKANIKAL MENOLAK
KETERANGAN, PENJELASAN, RAYUAN, DIALOG, DAN KRITIKAN PIHAK YG MENENTANG PPSMI. HASILNYA TERBENTUK DUA KHEMAH YG BESAR: KERAJAAN YG BERDEGIL, DAN PENENTANG YG SEMAKIN KERAS.LOJIKANYA KERAJAAN YG BERKUASA AKAN MENAG DENGA DLM WAKTU PENDEK. KESAN DIALEKTIK JANGKA PANJANGNYA SELURUH UMNO
AKAN MENERIMA PADAHNYA. DEMIKIANLAH KEMUNGKINANNYA APABILA BUDAYAWAN DAN CENDEKIAWAN BERASA
TERPISAH DARIPADA KEKUASAAN YG MEMERINTAH.dI NEGARA LAIN PUN BEGITU JUGA. JADI KALAU PPSMI DITERUSKAN ITU BUKAN BERERTI KERAJAAN BERTAMBAH KUAT.
terima kasih kak normah.
saya bimbangkan masa depan bahasa melayu.
terima kasih datuk baha.
orang-orang perjuangan sudah semakin kecil bilangannya...
Post a Comment