Sebagai penghasil karya kreatif, seseorang penulis itu mesti berjalan. Berjalan dengan akal. Berjalan dengan mata, dengan hati dan naluri. Sesebuah karya memerlukan perancangan bermula dengan cetusan idea yang kemudiannya dibentuk dalam draf atau contengan atau sekadar catatan. Peringkat yang seterusnya adalah menyusun idea sebelum memulakan taipan. Namun ada ketikanya hanya tinggal idea dan tidak sempat atau sukar sekali untuk disempurnakan.
Ada baiknya berjalan. Apabila berjalan macam-macam yang kita lihat. Konsep ‘berjalan’ tidak semestinya melangkah dengan kaki tetapi ‘berjalan’ adalah bergerak ke satu-satu tempat dengan berkereta, bermotosikal atau berbasikal. Tempat yang ditujui ada ketikanya pasti dan ada ketika entah ke mana pada mulanya, tetapi dalam perjalanan tahu dan terdorong ke mana tujunya. Begitu juga dengan kreativiti dalam penghasilan karya. Tulislah, dalam pengertian di sini, mulalah berjalan dan setelah berjalan tahulah mana tempat yang ingin diberhenti atau ditujui.
Sesebuah karya ada ketika cukup mengganggu untuk disiapkan, dan ada sesetengahnya terbiar begitu sahaja berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun yang kemudiannya tidak tahu apakah nasibnya kemudian sama ada disentuh lagi atau lenyap begitu sahaja. Gangguan dalam pengkaryaan selalunya berkaitan dengan penyusunan cerita terutama sesebuah novel yang panjang. Namun begitu, banyak sekali buku-buku panduan yang boleh diambil untuk rujukan dan pemecah kebuntuan.
Antara buku yang mesra untuk digulati ialah Writing Fiction: A Guide to Narrative Craft oleh Janet Burroway (2003). Kandungan buku ini mudah untuk ditelusuri. Bermula dengan pengenalan tentang ‘perjalanan pengkaryaan’ pada peringkat garis mula dan mengenal pasti tema yang dipilih. Seterusnya buku ini melihat bagaimana cerita disusun dalam bentuk figura yang disebut ‘story form’. Kemudian plot dan struktur cerita disusun. Menariknya buku ini, pada setiap bab disertakan contoh hasil karya-karya yang baik seperti karya Ernest Hemingway, Anne Lamott, Marquez, Grace Palley dan banyak lagi.
Dalam sesebuah karya fiksyen, ada beberapa unsur yang penting tetapi ada ketikanya terabai dalam karya seperti perwatakan, adakah mahu diperikan sebagai paparan (showing) ataupun beritahu (telling). Begitu juga dengan sudut pandang (POV).
Menulis adalah proses berjalan, yang membahagiakan namun terasa juga lenguh dan bosan. Keindahan dan keseronokan tetap ada malahan ada ketikanya dapat menebat luka dan memecah kebosanan. Ditambah dengan urusan-urusan rutin yang menyebabkan perjalanan perlu singgah dan berhenti. Dan kemudain menyambung kembali. Boleh agaknya diibaratkan seperti burung pagi yang keluar mencari makan, petangnya terbang melihat alam dan malamnya tidur di sarang. Esoknya kembali demikian.

6 comments:
Assalamualaikum En. Arif,
Saudara yang menullis sajak Sang Garuda Pembangunan kan? Sajak itu saya baca untuk Malam Puisi Warisan Tun Abdul Razak Februari lalu dan semasa Bengkel Deklamasi Puisi di Kuantan bersama Prof Rahman dan Marsli N.O
Sebagai penulis yang baru merangkak mencari tempat dalam industri penulisan tanah air, mohon tunjuk ajar saudara.
salam sastera,
terima kasih.
Ada satu lagi konsep yang penting selain 'berjalan' yakni 'berhijrah'. Tetapi bukan melompat, macam lompat parti.
Salam Encik Arif...
'Berjalan' adakala membuahkan imiginasi, namun jika 'berjalan' tanpa 'peta' mungkin tidak sampai ke destinasi dan jika sampai pun memakan masa yang agak lama. Lebih teruk mungkin akan sesat. 'peta'ialah petunjuk agar tidak sesat. Terima kasih kerana menjadi 'peta' inspirasiku.
waalaikumussalam,
terima kasih deklamasi puisi itu.
semoga menjadi penulis yang baik.
ya betul lut,
tapi masyarakat kita suka cuti pada maal hijrah saja.
terima kasih fauzan.
selamat menghadapi semester baru.
Post a Comment