Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita kehilangan bekas guru saya. Beliau meninggal dunia kerana serangan asma. Beliau mengajar bahasa Inggeris ketika saya berada dalam menengah rendah, Puan Asmah Mohd Tahir.
Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana cerpen pertama beliau “Belalang” tersiar dalam Dewan Siswa (jika tidak silap tahun 1987) memberi cetusan awal untuk saya melibatkan diri dalam bidang penulisan. Cerpen itu memang memberi inspirasi.
Ketika menyelia latihan mengajar (praktikum) di SMK Methodist Tanjung Malim awal tahun ini, saya terserempak dengannya di perpustakaan sekolah itu. Baru mendapat Sarjana Pendidikan TESL dari UPSI, juga aktif sebagai jurulatih pidato bahasa Inggeris.
Takziah kepada keluarga Almarhumah.
Minggu ini pula saya mendapat berita kehilangan lagi. Kali ini sahabat saya, Abdul Halim yang sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang. Kami memanggilnya Abang Long kerana beliau sahaja pelajar yang sudah berumah tangga ketika itu.
Abang Long kemalangan jalan raya dan mengalami masalah paru-paru. Allah lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga Abang Long.

4 comments:
betapa pendeknya hidup ini... Kun Fa Ya Kun
kita semua milik Allah.. anyway, salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. kalau rajin, lompat2 laa ke blog hamba.. :)
betul tu, kita hambaNya dan turut akan pulang juga nanti.
terima kasih suzy dan jhazkitaro.
saya teringin nak baca buku belalang tu. iya. saya akui. arwah pn asmah bukan sahaja seorang guru bahasa inggeris tapi beliau juga seorang guru yang hebat dalam matematik dan sejarah. saya pernah berjumpa bekas pelajar arwah. pelajar itu seorang guru dan dia pernah memberi tips kepada saya macam mana nak dapat A dalam sejarah. tips tu sebenarnya datang dari arwah sebenarnya. saya bangga dapat bertemu dengan arwah. arwah juga hebat dalam masakan. rindu dengan arwah. semoga arwah bersama-sama berada di tempat orang yang beriman.
p.s
kepada admin. mungkin admin pernah berjumpa dengan arwah di perpus sebab dia seorang guru pusat sumber. pusat sumber tu mungkin kecil tp banyak ilmu didalam pusat sumber tu. sekarang pusat sumber itu di jadikan bilik komputer (x silap saya). pusat sumber baru dipindahkan di bilik guru smk mes yang lama.
Post a Comment