Saturday, June 20, 2009

Debat Kepenggunaan

Inilah kunjungan pertama kali ke Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sebuah kawasan baru yang lapang, damai namun masih terlalu banyak pembinaan sedang dijalankan. Terasa sedikit cemburu melihat gahnya bangunan yang berdiri dengan rekaan yang cantik dan pasti juga menjanjikan keselesaan. Berbanding kampus utama UPSI di kawasan Proton City, Behrang yang masih belum siap.
Hari ini tamat 4 pusingan perdebatan. Bertema kepenggunaan (anjuran Fomca, MADUM dan beberapa badan yang lain) pertandingan ini disertai IPTA, IPTS dan IPGM. Terdapat pasukan yang menghantar team elit mereka dan ada juga yang menghantar junior yang kelihatan masih gementar namun tetap berbara. Kali ini dilihat peningkatan peserta dari UPM sambil tidak menafikan dari USM dan UPSI sendiri. Pasukan yang tetap 'maintain' seperti UIAM dan UITM tetap menggugat sambil tidak meremehkan keupayaan UTP dan tuan rumah Malahan dari IPGM seperti dari Pulau Pinang dan Perempuan Melayu Melaka juga wajar diberi perhatian.
Apapun selamat berdebat.
p/s: Saya, sempat juga cuci mata di Batu Pahat Mall dan melayar internet di Oldtown Coffee.
Kebetulan Saifullizan Yahaya juga ada di sini. Kami banyak berbual-bual tentang penulisan dan berbicara tentang penulis muda, genre dan orang-orang yang berada dalam sastera.

3 comments:

Abdul Rahman Sokran said...

Salam,

Batu Pahat Mall tu sebelah kampung saya bang - Kg. Parit Besar, Batu 2, Jalan Kluang. Cuci mata ye... he he.

Anonymous said...

upm jadi juara. kalahkan ukm pd final.

ekspresi said...

terima kasih sdr rahman.
hanya sempat pusing2 dan lepak di oldtown cafe. cuci mata? sebab mata dah kelabu...