Saturday, June 20, 2009

Mejaku Bersepah


Mejaku bersepah
antara buku dan manuskrip belum selesai
duduk pejabat tidak sudah juga
duduk rumah asyik terasa mahu tidur saja

Mejaku bersepah
antara mahu dengan tidak
mata payah untuk lelap memikirkan kerja
hidung gatal diganggui selsema

Mejaku bersepah
jangan kemaskan
kerana begitu, aku suka.

p/s: Bukan susah menulis puisi...

11 comments:

Anonymous said...

biarkan bersepah
kalau itu mahumu
biarkan begitu
andai itu bisa membuatmu tenang
biarkan begitu
kerana kutahu kau selalu tertunggu dalam lenamu
agar seseorang hadir dalam mimpimu

sajak apa ntah ni...
baiyazid mustaffa

Sham al-Johori said...

bang, puisi ini dikategorikan sebagai puisi merapu. hahaha.
sebenarnya puisi ini terlahirpun disebabkan kau 'dalam pantang'. Itu yang tak tentu hala dibuatnya.
Pak Zakir kata, "lebih baik kau minum air pinang muda aja".

kahkahkah

Angel Suzy said...

jgn stress...

ekspresi said...

terima kasih baiyazid.
sajak memeng bermula dengan 'entah apa-apa.'

ekspresi said...

salam kekanda shamsudin,
ya, memang sengaja dirapu2kan. kdg2 chairil anwar pun merapu juga. haha

ekspresi said...

angel suzy? amboi, gambar...
tidak stres pun.

Angel Suzy said...

gambar tu dah tuka. tp still kua gak gamba tu... hehe . semoga cepat sembuh

edolah said...

lu menjak tukar ke tg malim ni semacam jerr.. kerap dok pekena pau tg malim kot !

HJ. MOHD NOR IZZAT BIN HJ. MOHD JOHARI said...

mmg puitis.. :)

ekspresi said...

bang e,
bukan makan pau daaa... makan lemang. hehe

ekspresi said...

terima kasih izat.