Monday, June 01, 2009

Pengajian Malaysia dalam Bahasa Inggeris

Saya diberitahu seorang kawan yang mengajar di UNITEM (Universiti Terbuka Malaysia) atau OUM (Open University Malaysia) bahawa subjek yang diajarnya, Pengajian Malaysia telah berubah menjadi Malaysian Studies. Katanya kandungan tidak berubah cuma bahasa telah diubah ke bahasa Inggeris sepenuhnya. Beliau telah mengajar subjek itu sejak tujuh tahun lalu dan amat terkejut apabila semester Mei ini modul pembelajaran dicetak sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, ada beberapa subjek lain seperti Pendidikan Moral juga telah menjadi Moral Studies.
Kursus ini merupakan kursus wajib untuk pelajar Sarjana Muda dan diploma OUM yang mengambil berbagai-bagai bidang seperti teknikal, kejuruteraan, sains, pengurusan dan sumber manusia.
Kawan saya sempat memberi komen dalam panggilan telefon yang dikelilingi bunyi bising tapak pembinaan dengan mengatakan makin kecillah kepentingan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang di negara kita. Lupakan tentang istilah 'kerajaan' kerana telah bertukar menjadi 'kingdom' dan semua istilah molek-molek dalam sejaran telah diinggeriskan. Kawan saya sempat bergurau, katanya nama Parameswara masih kekal dan tidak dapat diingeriskan.
Saya hanya terdiam kerana sudah letih untuk bercakap.

6 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Jika mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar karut-marut ini mati, mari kita pacakkan batu nesan berbahasa Inggeris di pusara mereka. Dan bacaan talkin juga mungkin boleh dipertimbangkan dalam bahasa tersebut.

Sahabat saya memohon jawatan pensyarah Bahasa Melayu di IPGM, temuduganya banyak dalam bahasa Inggeris. Apakah maknanya ini semua wahai sahabatku

Anonymous said...

Assalamu alaikum,

Teruskan menulis. Perjuangan tidak pernah semudah itu.

Prof. Abdullah

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam singgah, punya kesempatan sudilah hadir Malam Puisi Utusan di Istana Budaya 12 Jun nanti.

Luqman Hakim QA said...

aku setuju ngan cadangan sahrunizam tu, cantik bebenor. dasar nak maju kan....hahaha. kerja paling lawak dan bangang.

D'Rimba said...

Aduhai makin melampaui batasan mereka semua................Ayuh kita ledakkan gelombang Tsunami paling maha dahsyat di alaf ini..........

ekspresi said...

maaf lambat menjawab (seminggu tak buka blog).
sahrunizam,
banyak dalam kalangan orang-orang kita yang tidak tahu dan tidak sedar tentang jatidiri dan ketamadunan.

prof,
terima kasih atas kunjungan.
saya letih sebab suara saya terlalu kecil.

saudara razlan,
terima kasih atas kunjungan dan undangan.

luqman,
yang penting kita ada pendirian, cuma orang lain yang tidak faham.

d rimba,
baru kenal semalam... terima kasih sudi datang,
tsunami perlu untuk 'menyedarkan mereka'.